Saturday, August 8, 2026
HomePERNIAGAANKebakaran Paip Gas: Ramai Pelajar Trauma, Bantuan RM500 Beli Keperluan Sekolah

Kebakaran Paip Gas: Ramai Pelajar Trauma, Bantuan RM500 Beli Keperluan Sekolah

SHAH ALAM – Ramai pelajar yang menjadi mangsa kebakaran paip gas Putra Heights, Subang Jaya dekat sini tidak hadir ke sesi persekolahan dipercayai masih dalam keadaan trauma akibat inside itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, berdasarkan rekod menunjukkan hanya 20 peratus sahaja pergi ke sekolah pada sesi pagi menerusi perkhidmatan pengangkutan percuma disediakan dari Pusat Pemindahan Sementara (PPS

Katanya, terdapat 265 keseluruhan pelajar yang dikenalpasti terlibat atau terkesan akibat kejadian itu.

“Justeru, Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS)akan menghantar pegawai dan mereka yang terlibat membantu pelajar meneruskan sesi pembelajaran dalam keadaan bencana,” katanya pada sidang akhbar di Wisma Dewan Annex, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) akan memberikan bantuan sebanyak RM500 kepada keseluruhan pelajar itu bagi membolehkan mereka membeli keperluan asas yang termusnah
akibat kebakaran.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Badan Saya Cedera, Koyak Kalau Kena Muka, Habis Herot’ – Shukri...

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Shukri Yahaya tidak serik untuk terus berlakon dalam filem aksi meskipun terpaksa menanggung kecederaan sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital akibat...

CATEGORIES