Friday, July 17, 2026
HomePERNIAGAANIkhlas.com Diamanahkan Urus Perjalanan Umrah 18 Bekas Atlet Kebangsaan

Ikhlas.com Diamanahkan Urus Perjalanan Umrah 18 Bekas Atlet Kebangsaan

KUALA LUMPUR, 16 Julai 2026 – Ikhlas Com Travel & Umrah Sdn Bhd (ikhlas.com) memperluaskan lagi program tajaan umrah untuk membuka peluang kepada bekas wirawan dan wirawati negara yang telah mengharumkan nama negara di persada sukan antarabangsa.

Seramai 18 atlet yang juga ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) telah terpilih untuk mengerjakan ibadah tersebut bersama ikhlas.com, termasuk tujuh orang yang ditaja penuh oleh Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi (FSSR) Universiti Teknologi MARA (UiTM) dengan sokongan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Ketua Pegawai Eksekutif ikhlas.com, Ikhlas Kamarudin berkata: “Alhamdulillah, kami amat berbesar hati dengan kepercayaan pihak Yakeb, UiTM dan MAIS terhadap ikhlas.com untuk membawa kumpulan jemaah istimewa ini ke Tanah Suci.

“Kami berharap inisiatif ini akan membuka lebih banyak peluang usahasama dengan pelbagai pihak agar kita dapat membantu lebih ramai golongan terpilih seperti bekas atlet yang telah banyak berjasa dan berkorban demi negara untuk merealisasikan impian mereka.”

Pada 13 Julai lalu, lima ‘jemaah istimewa’ termasuk bekas atlet olahraga paralimpik kebangsaan, Rahim Yusoff, bekas atlet paralimpik berkerusi roda (tenis), Azman Hasan, bekas atlet olahraga paralimpik, Fatimah Daud, Rohaya Razali (hoki) dan Rosmadi Abdul Rahim (silat) telah selamat berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 2 ke Jeddah dan kini berada di Madinah. Selebihnya dijadualkan terbang pada 26 Julai 2026.

Bagi Rahim Yusoff yang dilahirkan tanpa kedua belah tangan, perjalanan ke Tanah Suci merupakan impian yang akhirnya menjadi kenyataan selepas sekian lama dinantikan.

“Saya sangat terharu kerana ini kali pertama saya dapat pergi menunaikan umrah. Bila ikhlas.com menghubungi saya, saya terus membuat persiapan. Saya percaya ini semua adalah rezeki Allah SWT. Allah menguji setiap orang dengan cara yang berbeza. Ujian saya ialah kekurangan fizikal, tetapi kita kena terus tabah dan sabar kerana setiap ujian pasti ada hikmahnya,” kata Rahim.

Keterangan gambar: Rahim di perkarangan Masjid Quba, Madinah.

Rahim pernah mengharumkan nama Malaysia dalam acara olahraga termasuk 100 meter, 200 meter, lompat tinggi dan lompat jauh sebelum bersara pada tahun 2003 selepas mewakili negara di Sukan SEA Hanoi, Vietnam. Selepas persaraan, beliau meneruskan kehidupan dengan mencari rezeki sebagai tukang jahit, menternak lembu serta mengusahakan perniagaan telur masin dari rumah.

Turut menyertai rombongan ialah Azman Hasan, perintis sukan tenis berkerusi roda negara yang pernah mencatat pencapaian membanggakan apabila menduduki tangga kesembilan dunia.

“Golongan orang kurang upaya tidak seharusnya menunggu masyarakat datang membantu mereka. Sebaliknya, mereka sendiri perlu berani melangkah keluar, menyesuaikan diri dalam masyarakat dan membuktikan kemampuan yang dimiliki,” kata Azman.

Keterangan gambar: Azman bersama jemaah lain sewaktu aktiviti ziarah di sekitar Madinah.

Sepanjang penglibatannya dalam sukan, Azman berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas antarabangsa sebelum mengurangkan penglibatan sebagai atlet pada tahun 2018. Walaupun tidak lagi bergelar atlet sepenuh masa, beliau masih terus menyumbang kepada pembangunan sukan sebagai pembimbing.

Lebih daripada sekadar perjalanan ibadah, kisah bekas atlet ini menjadi inspirasi bahawa kejayaan sebenar bukan hanya diukur melalui pencapaian di gelanggang, tetapi juga melalui ketabahan hati, semangat juang dan keyakinan kepada Allah SWT.

Sekiranya anda ingin membantu meringankan bebanan jemaah asnaf yang terpilih mengerjakan umrah, anda boleh menyalurkan derma menerusi Tabung Sadaqah Umrah 1000 Asnaf di laman web rasmi ikhlas.com.

Ditubuhkan pada Oktober 2020, ikhlas.com merupakan platform digital Islam Capital A yang menawarkan penyelesaian Umrah dan perjalanan mesra Muslim, di samping perkhidmatan patuh syariah seperti zakat, korban, aqiqah, sedekah dan fidyah. Berteraskan prinsip amanah, ketelusan dan kecemerlangan perkhidmatan, ikhlas.com komited untuk mempermudah pelaksanaan kewajipan Islam serta perjalanan ibadah bagi umat Islam. Untuk maklumat lanjut, layari ikhlas.com atau muat turun aplikasi ikhlas.com di Apple App Store dan Google Play Store.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Buat Lawak Biarlah Bertempat, Jangan Keterlaluan, Belajar Meminta Maaf’ – Achey

0
PETALING JAYA: Pelawak, Achey mengingatkan penggiat industri komedi supaya sentiasa menjaga batas serta garis panduan dalam setiap bahan jenaka yang dipersembahkan agar tidak mengguris...

CATEGORIES