Friday, June 12, 2026
HomeLUAR NEGARASerpihan Peluru Dari Kereta Kebal Israel 'Terkena' Sempadan Mesir

Serpihan Peluru Dari Kereta Kebal Israel ‘Terkena’ Sempadan Mesir

SERPIHAN peluru dari kereta kebal Israel telah mengenai sempadan Mesir, mencederakan sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk beberapa pengawal sempadan Mesir.

Kejadian berlaku lewat Ahad, dengan tentera Israel mendakwa ia insiden tidak disengajakan ke atas kedudukan Mesir berhampiran sempadan semenanjung Gaza.

Sementara itu, jurucakap tentera Mesir mengesahkan kejadian itu bagaimanapun pihaknya tidak mendedahkan jumlah anggota yang cedera, lapor Astro Awani.

Menurut Astro Awani, saksi melaporkan mendengar letupan diikuti dengan bunyi ambulans yang dikerahkan dari pihak Mesir.

Penganalisis politik kanan Al Jazeera, Marwan Bishara berkata, insiden itu boleh merumitkan lagi hubungan Israel dan Mesir.

Jelasnya, ia membawa kepada amaran oleh Mesir kepada Israel bahawa rejim Zionis itu perlu meredakan pengeboman yang di Gaza.

Letupan tidak sengaja itu berlaku hanya beberapa jam selepas konvoi kedua trak bantuan memasuki bahagian Mesir di sempadan Rafah untuk menuju ke Gaza.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Seperti 22 Tahun’ – Nora Turun 6kg Sebab Pickleball

0
KUALA LUMPUR – Beberapa bulan brjinak-jinak dalam sukan pickleball, pelakon Nora Danish mengakui rutin tersebut membawa impak luar basa terhadap tahap kecergasan serta stamina...

CATEGORIES