Sunday, May 10, 2026
HomeLUAR NEGARAPeniaga Jual Ais Panggang Yang Perlu Dimakan Ketika Panas?

Peniaga Jual Ais Panggang Yang Perlu Dimakan Ketika Panas?

BEIJING  – Seorang penjaja makanan menjadi terkenal hanya kerana dia ‘memanggang’ ketulan ais di atas dapur di sebuah pasar malam di Changsha, selatan China, lapor portal berita MailOnline semalam.

Rakaman video menunjukkan penjual itu ‘memanggang’ ketulan ais  dan menambah perisa dengan meletakkan sos pedas, menyapunya dengan minyak sebelum menyerahkannya kepada pelanggan yang membelinya.

Dalam video itu, seorang pelanggan dilihat mengambil makanan dan bertanya: “Perlukah saya makan ketika masih panas atau apabila ia telah menjadi sejuk?”

Penjual menjawab: “Makanlah ketika ia masih panas.”

Pembeli itu yang merupakan seorang gadis menyatakan bahawa makanan itu sebagai sangat pedas tetapi mempunyai rasa yang ‘hebat’.

Satu hidangan ketulan ais panggang itu berharga hanya hampir 15 yuan (RM9.83), demikian menurut laporan media tempatan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sumud Nusantara Seru Masyarakat Turun Ke Jalanan Memperingati Hari Nakba

0
PETALING JAYA – Gerakan solidariti antarabangsa terhadap Palestin kembali digerakkan menerusi kempen Global Days of Action for Palestine yang dijadual berlangsung pada 15 dan...

CATEGORIES