Wednesday, June 18, 2025
HomeLUAR NEGARASungai Kotor, Lelaki Ini Bersihkan Seorang Diri

Sungai Kotor, Lelaki Ini Bersihkan Seorang Diri

JAKARTA – Tindakan seorang lelaki di Indonesia yang membersihkan sebatang sungai kotor dan dipenuhi sampah sarap mengundang perhatian pengguna media sosial, lapor laman berita Merdeka semalam.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @danarivaldi, lelaki bernama Dana Rivaldi membersihkan sungai itu tanpa bantuan orang lain.

Lebih mengejutkan adalah air sungai itu keruh dan dipenuhi sampah seperti botol minuman, plastik, bekas makanan dan banyak lagi.

Menurut Dana, dia berbuat demikian demi menjaga kebersihan alam sekitar dan memberi inspirasi kepada orang ramai.

“Tidak perlu tunggu organisasi, mengajak rakan lain atau mengeluarkan kos yang banyak untuk membersihkan sungai. Apa yang penting adalah niat dan kemahuan,” kata Dana.

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih lebih 1.2 juta tontonan di samping 65,300 tanda suka.

“Dia yang membersihkan tetapi orang lain yang mencemari (sungai),” sindir seorang netizen.

“Satu contoh yang baik dan patut dicontohi,” kata pengguna media sosial lain.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES