Saturday, July 12, 2025
HomeLUAR NEGARAKomet Lebih Besar Daripada Gunung Everest Bergerak Menghampiri Bumi

Komet Lebih Besar Daripada Gunung Everest Bergerak Menghampiri Bumi

WASHINGTON – Sebuah komet yang dikatakan bersaiz lebih besar daripada Gunung Everest kini sedang bergerak menghampiri Bumi, lapor laman berita UNILAD semalam.

Komet 12P/Pons-Brooks turut dikenali sebagai ‘komet syaitan’. Ia diberikan gelaran itu kerana bentuknya kelihatan seperti tanduk.

Komet itu dijangka berada pada jarak dekat dengan Bumi pada 2 Jun depan, manakala ahli-ahli astronomi berharap ia boleh dilihat menerusi mata kasar.

Bagaimanapun, walaupun ia melintas pada titik terdekat dengan Bumi, ia masih akan berada lebih jauh daripada Matahari.

Agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) berkata: “NASA mengesahkan tiada asteroid atau komet berada dalam laluan perlanggaran dengan Bumi. Oleh itu, kemungkinan akan berlaku perlanggaran besar adalah kecil.

“Secara faktanya, tiada objek besar akan menghentam Bumi dalam tempoh beberapa ratus tahun akan datang.”

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mbappe, Cristiano Ronaldo Buat Pilihan Sama

0
PARIS – Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo miliki pilihan yang sama dalam memilih siapa yang layak merangkul Ballon d’Or 2025 dengan kedua-duanya menyatakan sokongan...

CATEGORIES