Tuesday, January 13, 2026
HomeLUAR NEGARAJelitawan Mexico, Fatima Bosch Dinobat Miss Universe 2025

Jelitawan Mexico, Fatima Bosch Dinobat Miss Universe 2025

BANGKOK – Jelitawan kelahiran Mexico, Fatima Bosch dinobatkan sebagai Miss Universe 2025 hari ini meskipun berdepan kontroversi dengan penganjur pertandingan ratu cantik itu menjelang peringkat akhir.

Peserta dari Ivory Coast, Filipina, Thailand dan Venezuela berjaya mara ke pusingan akhir daripada lebih 120 wanita yang bersaing untuk memperoleh gelaran Miss Universe.

Kontroversi itu berlaku apabila penganjur Miss Universe, Nawat Itsaragrisil menegur Bosch secara terbuka kerana enggan memuat naik bahan promosi berkaitan Thailand yang menjadi tuan rumah di laman sosialnya.

Tindakan Nawat mencetuskan kemarahan Bosch, menyebabkan dia dan beberapa peserta lain keluar dari majlis sebagai tanda solidariti.

“Apa yang dilakukan oleh penganjur sangat tidak beradab. Dia memanggil saya ‘bodoh’. Dunia perlu tahu kerana kami adalah wanita yang diperkasakan dan ini merupakan platform untuk suara kami,” kata Bosch kepada pemberita sebelum ini.

Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum menyifatkan Bosch sebagai contoh bagaimana wanita harus bersuara dalam menghadapi penghinaan.

Nawat kemudian tampil memohon maaf secara dalam majlis sambutan peserta Miss Universe 2025.

Sumber – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES