Wednesday, April 29, 2026
HomeHIBURANKadangkala Tekanan Dan Kritikan Itu Terasa Berat - Kekasih Ben Amir

Kadangkala Tekanan Dan Kritikan Itu Terasa Berat – Kekasih Ben Amir

KUALA LUMPUR :Kekasih kepada pelakon Ben Amir, iaitu Liana Alara atau lebih dikenali sebagai Maiya, mengakui dia kini sedang meniti perjalanan baru dalam kehidupan apabila mula mendalami agama Islam secara perlahan-lahan.

Bagaimanapun, sebagai seorang mualaf, Maiya tidak menafikan bahawa dia berhadapan dengan pelbagai kritikan warganet sekali gus memberikan tekanan buat dirinya.

Hal itu diakuinya ketika meninggalkan komen di bawah kenyataan pelakon, Adam Corrie di Threads.

“Terima kasih atas peringatan ini. Sebagai seorang mualaf baharu, saya masih belajar secara perlahan-lahan.

“Kadangkala tekanan dan kritikan terasa berat, tetapi kata-kata seperti ini benar-benar membantu.

“Islam sepatutnya bersifat lembut dan penuh kasih sayang, bukan menakutkan.Insya-Allah, dengan masa, bimbingan yang baik, dan rahmat Allah, segalanya akan menjadi lebih baik,”katanya.

Terdahulu, Adam, memuat naik hantaran di Threads dengan mendedahkan bahawa ketika dia memeluk agama Islam, dia turut berhadapan dengan tekanan.

“Awal-awal saya masuk Islam dulu, beginilah tekanannya. Ramai lebih suka mengkritik dari membimbing. Padahal mualaf sedang bertatih, sedang mencari kekuatan.

“Kalau benar kita sayang agama, kita sepatutnya memudahkan bukan menakutkan. Beri ruang, beri masa, beri contoh yang baik. Hidayah itu milik Allah, bukan milik manusia yang menilai,”katanya.

Untuk rekod, kekasih Ben Amir iaitu Maiyaa atau nama Islamnya, Liana Alara dilaporkan memeluk agama Islam pada 11 November 2025 di pejabat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sumber – Utusan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Aliff Syukri Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Kadir Sheikh Fadzir

0
KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan, Datuk Seri Aliff Syukri Kamaruzaman diperintah membayar RM250,000 kepada veteran politik, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berhubung fitnah...

CATEGORIES