Tuesday, February 10, 2026
HomeLUAR NEGARA'Influencer' TikTok Dedah Suami Mempunyai Hubungan Sulit Bersama Pramugari

‘Influencer’ TikTok Dedah Suami Mempunyai Hubungan Sulit Bersama Pramugari

JAKARTA  – Seorang pesohor TikTok mendedahkan di media sosial bahawa suaminya yang bertugas sebagai juruterbang, mempunyai hubungan suit dengan dua wanita lain dengan salah seorang daripada mereka ialah pramugari, lapor portal berita Tribunnews.com hari ini.

Ira Nandha mendedahkan perbuatan suaminya itu menerusi akaun Instagram peribadinya, @iranndha semalam.

Dia juga memuat naik perbualan di media sosial yang menunjukkan suami dan pramugari itu saling memanggil antara satu sama lain dengan panggilan sayang.

Lebih malang lagi, Ira berkata, suaminya curang sejak di awal perkahwinan mereka tetapi dia tidak mendedahkan perbuatan lelaki itu selama empat tahun.

Mereka juga saling menghantar gambar dan bertanya khabar antara satu sama lain.

Netizen yang membaca hantaran Ira itu turut memberikan komen kepadanya dengan memberi sokongan kepada pesohor tersebut ketika si suami curang terhadap dirinya.

“Kuat kuat ya ibu (Ira) meskipun ini berat. Ambilah masa untuk ibu kembali pulih,” tulis seorang netizen.
Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Trauma, Bila Ibu Diperlakukan Begitu Anak Yang Akan Berdendam’

0
PETALING JAYA – Tragedi hitam menjadi mangsa ekploitasi fizikal yang dilalui ibunya meninggalkan trauma hebat buat pelakon, Puteri Balqis sekali gus sukar menaruh kepercayaan...

CATEGORIES