Tuesday, January 13, 2026
HomeHIBURANNonny Nadirah Rayu Sihir Ditarik Balik, Lepaskan Sengsara

Nonny Nadirah Rayu Sihir Ditarik Balik, Lepaskan Sengsara

PETALING JAYA – Selepas mendakwa hidupnya tidak habis-habis diganggu seseorang, pelakon Nonny Nadirah kali ini merayu agar belenggu sihir yang menghantui hidupnya ditarik balik.

Menurut Kosmo, pemilik nama sebenar Nonny Nadirah Zainuddin, 34, itu berharap boleh pulih dan melepaskan kesengsaraan ditanggung, namun sejak tiga tahun lalu tiada sesiapa dapat membantunya.

“Pergi berubat cakap tak sakit, tiada sesiapa yang dapat menolong. Terhalang, dibiar sakit seorang-seorang.

“Tiga tahun hanya dapat halusinasi buruk dari kamu. Aku merayu secara terang-terangan, tolong hilangkan gangguan ini,” tulisnya menerusi Instagram Story.

Bekas peserta Akademi Fantasia musim lima itu juga mendedahkan pelaku mempunyai hasad dengki yang tidak berkesudahan kerana sanggup menyeksa orang lain.

Nonny turut berharap agar individu yang menjalankan kerja khurafat itu dapat menemui pintu taubat atau segala ilmu hitam tersebut kembali kepada pelaku.

“Jika mereka tidak bertaubat dari segala perbuatan ini, kembalikan setimpalnya kepada penyihir dan jika kamu tidak bertaubat, sumpah laknat itu tetap bersama kami.

“Aku bercakap bukan menurut hawa nafsuku, itu al-Quran perkataan Allah SWT Yang Maha Benar,” ujarnya.

Berdasarkan Kosmo, pelakon Luka Di Hati Diya itu sebelum ini berkongsi tentang individu yang sering masuk campur urusan peribadinya, termasuk ketika dia memilih untuk kembali tidak bertudung.

Sebelum ini, anak jati Kota Kinabalu, Sabah itu pernah memberi bayangan gangguan sihir antara punca dia hilang dari industri hiburan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES