Saturday, July 12, 2025
HomeLUAR NEGARAIbu Terkedu, Anak Potong Duit Belanja Sebulan Hingga Cebisan

Ibu Terkedu, Anak Potong Duit Belanja Sebulan Hingga Cebisan

JAKARTA –  Seorang wanita di Solo, wilayah Jawa Tengah hanya mampu ‘mengurut dada’ apabila melihat anaknya menggunting sejumlah wang kertas yang boleh digunakan untuk perbelanjaan selama sebulan, lapor program berita Liputan6 kelmarin.

Berdasarkan video yang dikongsikan di platform TikTok, wanita tersebut berkata, dia pada awalnya menyangka anaknya sedang menggunting kertas biasa.

Namun, selepas didekati, dia menyedari bahawa kanak-kanak itu menggunting wang kertas dengan bentuk menyerupai permainan ‘puzzle’.

“Wang belanja makan sebulan habis dan tiada baki lagi. Mungkin saya terpaksa buat kerja sampingan untuk bertahan,” kata wanita tersebut dalam keterangan video.

Klip video itu memaparkan kanak-kanak perempuan tersebut menggunting wang kertas bernominasi 1,000 rupiah (RM0.30 sen), 50,000 rupiah (RM15) dan 100,000 rupiah (RM29.97).

Meskipun terkejut dengan tindakan anaknya, wanita itu dilihat kekal tenang sambil menasihati anaknya agar tidak mengulangi perbuatan itu.

Video tersebut menjadi tular dan menerima pelbagai komen netizen.

“Pengajarannya adalah jika anda mempunyai anak kecil, jangan leka. Hanya seketika anda tidak memantau mereka, pasti ada ‘projek’ yang dilakukan,” kata seorang netizen.

“Tukar sahaja di bank kak, masih boleh diterima. Saya juga pernah alaminya, wang digunting anak,” kata netizen lain.

Menurut Bank Indonesia, wang yang rosak atau cacat boleh ditukar asalkan tanda keasliannya masih boleh dikenal pasti.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Mbappe, Cristiano Ronaldo Buat Pilihan Sama

0
PARIS – Kylian Mbappe dan Cristiano Ronaldo miliki pilihan yang sama dalam memilih siapa yang layak merangkul Ballon d’Or 2025 dengan kedua-duanya menyatakan sokongan...

CATEGORIES