Friday, January 23, 2026
HomeLUAR NEGARABumi Mekah Terima Hujan Sehingga Tanah Menjadi Hijau Dan Subur

Bumi Mekah Terima Hujan Sehingga Tanah Menjadi Hijau Dan Subur

RIYADH – Pusat Kebangsaan untuk Pembangunan Tumbuh-Tumbuhan dan Memerangi Penggurunan mengumumkan peningkatan  600 peratus kawasan hijau tumbuh-tumbuhan di wilayah Mekah dalam tempoh lima bulan lalu dari Ogos hingga Disember 2023, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Perubahan yang berlaku disebabkan oleh jumlah hujan yang meningkat tempoh tersebut, mencecah 200 milimeter di beberapa kawasan di Mekah.

Analisis data ‘remote sensing’ atau penderiaan jauh angkasa mendedahkan bahawa jumlah keluasan kawasan tumbuh-tumbuhan di Mekah pada  Ogos 2023 ialah 3,529.4 kilometer persegi.

Keluasan kawasan hijau itu meningkat pada bulan-bulan berikutnya akibat peningkatan hujan sehingga mencapai 26,256 kilometer persegi menjelang akhir tahun lalu.

Menjelang Disember 2023, kawasan litupan tumbuh-tumbuhan menjangkau 17.1 peratus daripada jumlah keseluruhan wilayah Mekah.

Ia turut melibatkan Mekah, Taif, Al Laith, Al Jumum, Al Kamil dan Khulais.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Santuni Ribuan Pelanggan, Khairul Aming Masuk Hospital

0
PETALING JAYA – Perkongsian ringkas personaliti media sosial, Khairul Aming di aplikasi Threads mencuri perhatian ramai apabila dia memuat naik sekeping gambar dirinya yang...

CATEGORIES