Monday, November 9, 2026
HomeLUAR NEGARABayi Dilahirkan Berekor, Doktor Berjaya Buang Selepas Dua Jam

Bayi Dilahirkan Berekor, Doktor Berjaya Buang Selepas Dua Jam

HANOI – Sepasukan doktor di Vietnam berjaya melakukan pembedahan membuang ‘ekor’ sepanjang 14 sentimeter pada seorang bayi berusia empat bulan, lapor portal berita tuoi tre news semalam.

Bayi yang tinggal di Daerah Ngoc Lac, Wilayah Thanh Hoa itu dimasukkan ke Hospital Kanak-Kanak Thanh Hoa, Vietnam pada bulan ini sebelum ekornya dibuang.

Sebelum ini, doktor mendapati terdapat kecacatan kelahiran pada bayi itu yang dikenali sebagai meningocele, menyebabkan wujudnya lebihan seperti ekor .

Pembedahan itu berjalan selama dua jam.

Bayi itu dibenarkan pulang 10 hari kemudian, manakala keadaannya sihat tanpa sebarang komplikasi lain.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES