Sunday, May 17, 2026
HomeLUAR NEGARABatal Majlis Kahwin Angkara Pengantin Perempuan Gagal Sedia Lauk Kambing

Batal Majlis Kahwin Angkara Pengantin Perempuan Gagal Sedia Lauk Kambing

NEW DELHI, India – Sebuah majlis perkahwinan di negeri Telangana terpaksa dibatalkan kerana keluarga pengantin perempuan gagal menyediakan hidangan sumsum tulang kambing sebagai sebahagian daripada menu bukan vegetarian.

Senarai hidangan semasa majlis itu telah dirancang oleh pihak pengantin perempuan,  namun keluarga pengantin lelaki meminta agar hidangan sumsum tulang kambing disediakan.

Bagaimanapun, pergaduhan besar tercetus antara keluarga pengantin semasa hari pertunangan pada November lalu apabila hidangan yang diminta keluarga pengantin lelaki tidak disediakan.

Walaupun menerima campur tangan polis, pihak pengantin lelaki enggan menyelesaikan isu tersebut pada hari kejadian kerana menganggapnya sebagai satu penghinaan.

Mereka mendakwa bahawa pihak pengantin perempuan sengaja menyembunyikan berita ketiadaan hidangan itu sehingga majlis pertunangan berlangsung.

Akibat persengketaan  berpanjangan, majlis perkahwinan pasangan tersebut dibatalkan.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Sindiket Scam Antarabangsa Tumpas, Rampasan RM57.68 Juta

0
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menumpaskan sindiket penipuan dalam talian antarabangsa yang beroperasi di kondominium mewah sekitar Lembah Klang dengan penahanan 187...

CATEGORIES