Tuesday, April 28, 2026
HomeLUAR NEGARABahan Api Untuk Inkubator Bayi Atau Kedai Roti? Gaza Dalam Darurat

Bahan Api Untuk Inkubator Bayi Atau Kedai Roti? Gaza Dalam Darurat

BANDAR GAZA – Sebuah lagi hospital ditutup di Gaza semalam selain sebilangan yang lain dijangka turut menamatkan operasi dalam masa beberapa jam disebabkan kehabisan bekalan bahan api akibat pengeboman tanpa henti askar Rejim Zionis, lapor akhbar Metro UK.

Pasukan perubatan terpaksa memilih untuk hanya merawat kes-kes kecemasan berikutan kebimbangan bekalan perubatan lain turut habis selepas angka mangsa yang cedera melebihi 18,000 orang.

Banyak nyawa bergantung pada aliran elektrik yang berterusan, namun apabila penjana berhenti, tiada apa yang boleh dilakukan untuk pesakit termasuk bayi pramatang dalam inkubator.

Agensi Bantuan dan Pekerjaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA) telah menghantar stok makanan kepada kedai-kedai roti supaya penduduk yang berlindung diberi makan.

Namun, kakitangan bantuan memberi amaran bahawa baki bekalan bahan api akan kehabisan hari ini jika agensi tersebut terus bertindak demikian.

“Adakah kita patut menggunakan bekalan bahan api untuk inkubator (bayi di hospital) atau kedai roti?

“Adakah kita perlu menyimpan bekalan air bersih atau menghantar trak ke sempadan (untuk membawa bekalan makanan)? Ia satu keputusan yang menyayat hati,” kata seorang pekerja.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Diam Mungkin Penat, Bukan Sombong – Ezzanie Jasny

0
PETALING JAYA – Selepas kecoh pelakon Mira Filzah dicop sombong oleh peminat, kini dakwaan serupa beralih pula kepada pelakon, Ezzanie Jasny. Menepis tuduhan yang dirasakan...

CATEGORIES