Wednesday, June 10, 2026
HomeHIBURANIngatkan Ira Kazar, Rupanya Alyah

Ingatkan Ira Kazar, Rupanya Alyah

SEJAK akhir-akhir ini, Diva perhatikan ramai selebriti tanah air semakin langsing dan mungkin pinggang mereka berukuran 25 sentimeter sahaja!

Seorang daripadanya, Datin Alyah. Diva tengok, berbeza sungguh bentuk badannya sekarang. Semakin kurus!

Difahamkan sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan bariatrik kerana masalah gastrik tetapi semakin jelita pula nampaknya, lapor Kosmo.

Lucunya, ketika ramai memuji kejelitaan Alyah yang bentuk badannya sudah seperti anak dara, ada pula netizen mengusik wajahnya seiras dengan isteri Syamsul Yusof, Ira Kazar.

Rasa nak tersembur air dalam mulut Diva ketika membaca komen netizen. Ada sahaja idea muncul sehingga nama Ira dipetik.

Diva pun tak nafikan memang ada iras tetapi tidaklah sampai tersalah orang. Harap Alyah janganlah ambil hati dengan komen sebegitu ya, peminat memang suka bergurau.

Apa pun, ramai cemburu dan ada juga minta tip daripada Alyah bagaimana untuk kekal kurus dan awet muda.

DIVA: Meskipun suami digosip dengan wanita lain, Ira Kazar tetap aktif meneruskan aktiviti memasaknya.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES