Wednesday, June 18, 2025
HomeLUAR NEGARAAkademi Tentera Syria Diserang, 112 Nyawa Melayang

Akademi Tentera Syria Diserang, 112 Nyawa Melayang

DAMSYIK –  Serangan ke atas sebuah akademi tentera Syria semalam membunuh seramai 112 orang, kata sebuah pertubuhan pemerhati perang, manakala media pemerintah menyalahkan ‘organisasi pengganas’  sebagai bertanggungjawab melancarkan serangan dron tersebut di Homs yang dikuasai rejim Presiden Bashar Al-Assad.

Secara berasingan, siri serangan udara Turkiye di kawasan dikuasai puak Kurdis di timur laut Syria pula meragut sekurang-kurangnya 11 nyawa. Ankara  melancarkan serangan itu bagi  membalas satu insiden pengeboman.

“Di bandar Homs (tengah Syria) organisasi-organisai pengganas menyasarkan majlis graduasi untuk pegawai-pegawai di akademi tentera,” demikian menurut kenyataan tentera Syria seperti laporan agensi berita SANA. 

Berdasarkan Kosmo, kumpulan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR) yang berpangkalan di Britain melaporkan, seramai 112 orang terbunuh dalam serangan di Homs termasuk 21 orang awam dengan 11 daripada mereka wanita dan gadis bawah umur.

Menurut SOHR, sekurang-kurangnya 120 yang lain cedera. 

Tiada pihak mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan mengejut di Homs setakat ini.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Malaysia Jadi Pengimport Tenaga Dalam Tempoh Lima Tahun

0
KUALA LUMPUR – Malaysia berkemungkinan menjadi pengimport gas asli cecar (LNG) dalam tempoh lima tahun akan datang memandangkan lonjakan permintaan tenaga elektrik di negara...

CATEGORIES