Saturday, October 31, 2026
HomeLUAR NEGARA850,000 Warga Emas Singapura Terima Bonus Hingga RM1,000

850,000 Warga Emas Singapura Terima Bonus Hingga RM1,000

SINGAPURA – Kira-kira 850,000 warga emas di Singapura akan menerima bayaran bonus antara SG$200 (RM700) hingga SG$300 (RM1,000) daripada skim Assurance Package (AP) pada bulan depan, lapor laman berita AsiaOne pada rabu.

Pembayaran itu adalah untuk membantu rakyat Singapura mengurangkan bebanan kos sara hidup yang semakin meningkat.

Pembayaran tunai akan diberikan kepada mereka yang berumur 55 tahun ke atas dan tidak memiliki lebih daripada satu hartanah, demikian menurut Kementerian Kewangan (MOF).

Mereka juga mesti tinggal di hartanah dengan nilai tahunan sehingga SG$31,000 (RM102,000) serta pendapatan boleh diakses tahunan tidak melebihi SG$34,000 (RM112,000).

Pembayaran itu adalah sebahagian daripada skim AP yang diumumkan pada Bajet 2024 untuk mengimbangi kenaikan cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kata MOF.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tauliah Sejak 2020’ – PU Riz Sedih Dilabel Tunggang Agama

0
KUALA LUMPUR: Pendakwah bebas dan selebriti, Muhammad Haris Mohd. Ismail atau PU Riz, tidak dapat menahan sebak apabila dituduh sebagai penunggang agama serta tidak...

CATEGORIES