Monday, November 9, 2026
HomeLUAR NEGARA12 Tiang Elektrik Tumbang Dirempuh Kereta

12 Tiang Elektrik Tumbang Dirempuh Kereta

BANGKOK – Sebilangan penduduk di Bangkok terputus bekalan elektrik selepas 12 tiang elektrik tumbang dirempuh sebuah kereta, lapor portal berita Bangkok Post semalam.

Kemalangan berlaku sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) di Jalan Kanchanaphisek, daerah Bang Khae.

Menurut polis tempatan, sebuah kereta jenama Suzuki Swift terbabas ketika melalui selekoh tajam dan melanggar sebuah tiang elektrik.

“Tiang itu tumbang menimpa tiang lain dengan keseluruhan 11 tiang elektrik tumbang.

“Kemalangan ini turut menyebabkan 150 rumah terputus bekalan elektrik dan beberapa kenderaan lain rosak.

“Gangguan yang berlaku akan dipulihkan dengan segera,” katanya.

Tambah polis, pemandu berusia 20 tahun itu mengalami cedera ringan dan dibawa ke hospital berdekatan.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES