Saturday, October 24, 2026
HomeLUAR NEGARA10 Maut Pesawat Terhempas Atas Kedai

10 Maut Pesawat Terhempas Atas Kedai

BRASILIA – Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh, manakala 17 lagi cedera selepas sebuah pesawat ringan terhempas di pusat bandar pelancongan terkenal Brazil, lapor akhbar The Sun UK semalam.

Pesawat itu dilaporkan melanggar cerobong bangunan dan merempuh sebuah rumah sebelum terhempas ke sebuah kedai perabot di kawasan perumahan Gramado.

Gabenor Eduardo Leite berkata, juruterbang meninggal dunia bersama sembilan penumpang yang lain. Kesemua mereka ialah ahli keluarga.

“Kira-kira 17 orang yang berada di darat cedera, dengan dua daripadanya mengalami cedera parah.

“Kebanyakan mangsa dikejarkan ke hospital berdekatan selepas terhidu asap daripada kebakaran yang tercetus.

“Punca nahas masih belum diketahui,” tambah Leite.

Media tempatan melaporkan bahawa pesawat itu dalam perjalanan dari negeri Rio Grande do Sul menuju ke negeri Sao Paulo.

Sumber – AGENSI

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Konsert 3Diva Dibatalkan, Jamin Wang Dipulangkan Dalam 14 Hari

0
PETALING JAYA: Konsert 3Diva yang menghimpunkan nama besar Indonesia, Kris Dayanti, Ruth Sahanaya dan Titi DJ dibatalkan. Menurut penganjur, T-Rex Studio Sdn. Bhd, keputusan...

CATEGORIES