Monday, October 12, 2026
HomeHIBURANAda Pihak Cuba Melaga-Lagakan Puteri Sarah Dan Mentua?

Ada Pihak Cuba Melaga-Lagakan Puteri Sarah Dan Mentua?

PETALING JAYA – Tiada angin tiada ribut, pelakon Puteri Sarah Liyana, 39, mendakwa ada pihak yang cuba menyebarkan fitnah tentang dirinya.

Tidak menjelaskan secara terperinci, pemilik nama lengkap Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut memaklumkan pihak berkenaan dilihat seolah-olah mahu meruntuhkan hubungannya dengan keluarga mentua.

“Rasanya ada yang nak porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah. Nak melagakan satu keluarga pula,” katanya dalam InstaStory.

Dalam hantaran sama, pelakon drama Polis Peronda itu turut meletakkan tagging akaun instagram ibu bapa kepada bekas suami, Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah.

Sementara itu, Patimah mengulang siar hantaran menantunya itu dalam InstaStorynya dan menitipkan doa buat Puteri Sarah serta dua orang anaknya, Syaikhul dan Sumayyah.

“Tabahkan dirinya menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak,” tulisnya.

Sebelum ini, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul yang juga pengarah pada 2014 bagaimanapun mereka bercerai pada 14 Jun 2023.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah yang kini berusia lima tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Man City Akan Terus Bersatu Hadapi Cabaran – Erling Haaland

0
LIVERPOOL – Penyerang Manchester City, Erling Haaland menegaskan skuadnya akan terus bersatu selepas mencatat kemenangan 3-0 ke atas Liverpool yang beraksi dengan 10 pemain,...

CATEGORIES