Sunday, February 15, 2026
HomeBERITACEO GISBH, Isteri Dan 20 Lagi Tiba Di Mahkamah Bagi Sebutan Semula...

CEO GISBH, Isteri Dan 20 Lagi Tiba Di Mahkamah Bagi Sebutan Semula Kes

SELAYANG – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd. Ali, isterinya Datin Azura Md Yusof dan 20 lagi individu didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang sejak empat tahun lalu tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi.

Kesemua mereka tiba pada pukul 9.35 pagi dengan dikawal ketat anggota polis.

Hari ini merupakan sebutan kali pertama kes itu selepas kesemuanya didakwa pada pada 22 Oktober lalu yang mana sebelum ini pengakuan tidak direkodkan berikutan kes itu dibawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Selain Nasiruddin, 65, dan Azura, 57, seramai 20 lagi individu yang didakwa ialah Hasnan Abd Hamid, 53, Mohammad Adib At-Tarmizi Asa’ari, 32, Mohd. Shukri Mohd. Noor, 53, Mokhtar Tajuddin, 60, Shuhaimi Mohamed, 56, Muhammad Afdaluddin Latif, 34, Mohamad Sayuti Omar, 35, Mohd. Fazil Md Jasin, 57, Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 34, Muhammad Zahid Azhar@Nadzri, 51, Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 34, dan Muhammad Fajrul Islam Khalid, 28.

Tertuduh lain ialah Hamimah Yakub, 72, Asmat@Asmanira Muhammad Ramly,44, Mahani Kasim, 54, Siti Hajar Ismail, 51, Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 27, Nurul Jannah Idris, 28, Nur Jannah Omar, 32, serta Siti Salmiah Ismail, 57.

Mengikut pertuduhan yang dibaca berasingan , mereka didapati menjadi ahli kumpulan jenayah terancang Kumpulan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH)
di sebuah tempat di Jalan Desa, di Bandar Country Homes, Rawang di sini antara Oktober 2020 hingga 11 September lalu.

Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 130V(1) Kanun Keseksaan yang membawa penjara tidak kurang lima tahun dan maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Kementerian Digital Perkukuh Keupayaan AI Sektor Awam Melalui Kerjasama Strategik Dengan...

0
PUTRAJAYA, 12 FEBRUARI 2026 — Kementerian Digital melalui Pejabat Kecerdasan Buatan Nasional (National AI Office-NAIO), hari ini bekerjasama dengan Amazon Web Services (AWS) menerusi...

CATEGORIES