Thursday, April 30, 2026
HomeHIBURANLatihan Pestapora Malaysia 2026 Kembali Dengan Pengalaman Lebih Imersif!

Latihan Pestapora Malaysia 2026 Kembali Dengan Pengalaman Lebih Imersif!

KUALA LUMPUR, 30 APRIL 2026Hitman Solutions dan Boss Creator sekali lagi bergabung tenaga untuk membawa pulang pengalaman muzik rentas sempadan yang dinanti-nantikan, Latihan Pestapora Malaysia 2026, yang bakal berlangsung pada 15 Ogos 2026 di Stadium Hoki Nasional.

Selepas kejayaan luar biasa edisi pertama tahun lalu, “latihan” ini kembali untuk edisi keduanya dengan janji sebuah festival yang lebih imersif dan lebih bertenaga, meraikan keunggulan karya muzik dari Malaysia dan Indonesia di atas satu pentas yang sama.

Kejayaan Edisi Pertama Yang Mencipta Sejarah

Edisi sulung Latihan Pestapora Malaysia sebelum ini telah mencipta detik bersejarah dalam landskap muzik serumpun apabila berjaya menyatukan peminat merentasi sempadan melalui kuasa muzik. Festival tersebut menampilkan 27 artis dari Malaysia dan Indonesia termasuk Bunkface, Bittersweet, Pamungkas, Kunto Aji, Nadin Amizah serta kemunculan istimewa Sheila On 7 yang dinanti-nantikan ramai.

Acara itu turut mencatat kehadiran luar biasa seramai 25,000 pengunjung, termasuk 10,000 pelawat antarabangsa, sekaligus memperkukuh kedudukannya sebagai salah satu festival rentas budaya paling berpengaruh di rantau ini. Kejayaan tersebut juga menyaksikan peningkatan minat peminat Malaysia untuk menghadiri Pestapora di Jakarta, sekali gus mempererat hubungan dua hala dalam ekosistem muzik Malaysia dan Indonesia.

Pengalaman Festival Yang Dipertingkatkan

Bagi edisi 2026, penganjur menjanjikan pengalaman yang dipertingkatkan dengan ruang makanan yang lebih luas menampilkan lebih 50 vendor makanan dan gaya hidup.Setiap pengunjung juga akan menerima satu botol air mineral percuma, di samping pelbagai aktiviti menarik di kawasan festival serta barisan artis yang lebih dekat dengan cita rasa peminat di Malaysia dengan kurasi lebih 15 artis — semuanya berlangsung selama 12 jam tanpa henti.

Sama ada penampilan sulung mahupun kemunculan semula artis kegemaran, festival ini menjanjikan sebuah pengalaman yang menghidupkan kembali magis Latihan Pestapora yang telah mencuri perhatian sejak edisi pertamanya.

Maklumat Jualan Tiket “Blind Sales”

Jualan “Blind Sale” untuk kategori General Admission (Free Standing) sahaja akan bermula pada 30 April 2026, jam 2.00 petang dengan harga RM129.00 (tidak termasuk caj pemprosesan dan caj tambahan). Para peminat boleh menjangkakan pengalaman muzik yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga meninggalkan memori yang bermakna pada setiap detik.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti @latihanpestapora.my di media sosial atau layari laman rasmi www.latihanpestaporamalaysia.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Tiada Kekasih’ – Nora, Mickey Putus, Bawa Haluan Sendiri

0
KUALA LUMPUR – Hanya kekal sebagai kawan, pelakon Nora Danish mengakui hubungan mesranya dengan lelaki dikenali sebagai Mickey Ayo yang juga seorang perunding kewangan...

CATEGORIES