Thursday, May 14, 2026
HomeHIBURANWalau Tak Lagi Cantik Di Mata Orang, Saya Tetap Fatiya Latiff

Walau Tak Lagi Cantik Di Mata Orang, Saya Tetap Fatiya Latiff

PETALING JAYA – Kerap menerima kecaman mengenai perubahan wajah, pelakon Fatiya Latiff sedar perbezaan yang berlaku pada wajahnya yang tidak lagi seperti dulu-dulu.

Fatiya atau nama lengkapnya Nur Fathia Abdul Latiff, 38, menegaskan bahawa penampilan fizikal seseorang tidak akan kekal selamanya dan setiap individu berhak melalui perubahan dalam hidup.

“Saya tahu penampilan saya sudah berubah. Saya bukan lagi seperti dahulu dan saya dengar bisikan, komen serta penilaian daripada orang yang langsung tak tahu apa saya lalui.

“Tapi saya tak dilahirkan untuk kekal sama.

“Kita semua berubah dan saya juga begitu,” katanya dalam Threads.

Dalam masa sama, pelakon drama popular Ariana Rose itu turut menegaskan kecantikan bukan terletak pada paras rupa semata-mata sebaliknya pada kekuatan untuk menghadapi cabaran hidup.

“Kecantikan bukan terletak pada wajah yang pernah saya miliki.

“Ini terletak pada cara saya bertahan, terus melangkah walaupun dunia cuba mematahkan saya.

“Walaupun saya mungkin tidak cantik di mata mereka, saya tetap dengan diri saya dan itu sudah memadai,” ujarnya.

Sebelum ini, Fatiya yang sering dikritik kerana pengambilan suntikan botok sebagai rawatan kecantikan meluahkan kesedihan tentang perubahan pada wajahnya sehingga ada yang tidak mengenalinya lagi.

Dia juga pernah meluahkan perasaan enggan mengendahkan kata-kata orang tentang perubahan wajahnya yang menjadi bualan ramai terutamanya dalam media sosial.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Kasihan, Orang Tak Tahu Kak Jee Ada Asma Yang Teruk’ –...

0
PETALING JAYA – “Orang tak tahu dia ada asma yang teruk. Tapi saya tak tahu kenapa Kak Jee tidak pernah cakap benda ini.” Demikian perkongsian...

CATEGORIES