Sunday, May 31, 2026
HomeBERITA14 Rumah Setinggan, Empat Kedai Di Pantai Dalam Musnah Terbakar

14 Rumah Setinggan, Empat Kedai Di Pantai Dalam Musnah Terbakar

KUALA LUMPUR: Sebanyak 14 rumah setinggan dan empat premis kedai, termasuk Mydin Mart dan Pasaraya Karnival, musnah dalam kebakaran di Pantai Dalam di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai, Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said, berkata Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian MERS999 pada jam 11.11 malam.

Beliau berkata, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 80 peratus kawasan perumahan berkeluasan anggaran 0.074 hektar serta premis kedai dengan keluasan 0.223 hektar.

Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil meninjau lokasi tragedi kebakaran membabitkan 14 rumah dan empat premis kedai di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pagi ini. - Foto BERNAMA
Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Datuk Fahmi Fadzil meninjau lokasi tragedi kebakaran membabitkan 14 rumah dan empat premis kedai di Pantai Dalam, Kuala Lumpur, pagi ini. – Foto BERNAMA

Anggota bomba giat memadam kebakaran di Pantai Dalam, malam tadi. - FOTO BERNAMA
Anggota bomba giat memadam kebakaran di Pantai Dalam, malam tadi. – FOTO BERNAMA

“Bahagian atas Pasaraya Karnival musnah 100 peratus dan tingkat bawah Mydin Mart terbakar 20 peratus, manakala tiga kedai lain bersebelahan mengalami kemusnahan 90 peratus setiap satu.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan kebakaran berjaya dikawal pada jam 1.49 pagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, sambil memaklumkan bahawa punca kejadian masih disiasat Unit Siasatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Beliau berkata, tiga unit Fire Rescue Tender (FRT), dua unit Water Tanker (WT) dan satu unit Aerial Ladder Platform (ALP) dengan kekuatan 36 anggota dari BBP Pantai serta BBP Hang Tuah, BBP Seputeh dan BBP Sri Hartamas terbabit dalam operasi memadamkan kebakaran itu.

Anggota bomba giat memadamkan sisa kebakaran beberapa buah lot kedai dan rumah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur terbakar dalam kejadian malam tadi. - Foto BERNAMA
Anggota bomba giat memadamkan sisa kebakaran beberapa buah lot kedai dan rumah di Pantai Dalam, Kuala Lumpur terbakar dalam kejadian malam tadi. – Foto BERNAMA

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tamak? Kami Tak Kecil Hati, Ini Demi Kelangsungan’ – Awie

0
BUKAN tamak, kumpulan Wings sedia mengambil satu persatu tawaran persembahan dan konsert adalah atas permintaan ramai, sekali gus demi kelangsungan jenama band yang sudah...

CATEGORIES