Saturday, April 18, 2026
HomeHIBURANVideo Kelepok Raya: Aliff Syukri Lepas, Bebas Empat Pertuduhan

Video Kelepok Raya: Aliff Syukri Lepas, Bebas Empat Pertuduhan

SEPANG – Usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang ‘Kelepok Raya’ tiga tahun lalu.

Hakim Ahmad Fuad Othman memutuskan demikian selepas meneliti hujahan tambahan daripada kedua-dua belah pihak.

Aliff Syukri, 38, didakwa atas empat tuduhan memuat naik kandungan video sumbang melalui akaun Instagramnya dengan niat menyakiti hati orang lain pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Sebelum ini, satu muzik video lagu raya berdurasi lima minit 23 saat pada 2022 menjadi kontroversi apabila memaparkan aksi keterlaluan beberapa penari lelaki lembut yang disifatkan mencemari sambutan Aidilfitri dan mempunyai elemen lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Walau Hanya Game Atau Berlakon, Kita Kena Letakkan Sempadan’

0
KUALA LUMPUR – Pelakon Intan Ladyana menolak tanggapan mempertahankan tindakan suaminya, Harris Alif yang terkait dengan dakwaan ‘microcheating’ atau mesra dengan wanita lain dalam...

CATEGORIES