Friday, June 19, 2026
HomeHIBURAN‘Usia Nak Masuk 40 Tahun, Saya Tak Lagi Fikir Tentang Kahwin’

‘Usia Nak Masuk 40 Tahun, Saya Tak Lagi Fikir Tentang Kahwin’

PETALING JAYA – Usia bakal mencecah 40 tahun, pelakon sensasi Fatiya Latiff enggan lagi memikirkan tentang perkahwinan yang menjadi keutamaan ramai orang.

Menurut Fatiya, 39, kebahagiaan dalam hidup bukan bergantung dengan memiliki pasangan sahaja sebaliknya boleh dirasai dengan pelbagai cara lain.

“Bagi saya, apabila usia hampir mencecah 40 tahun, saya sudah tidak lagi berfikir tentang kahwin.

“Melainkan kalian masih cantik dan memiliki harapan lagi.

“Namun kalau rupa kalian itu hampir sama dengan kipas di rumah, hentikanlah harapan itu,” katanya dalam Threads.

Ujar Fatiya, dia kini dalam usaha untuk mendapatkan kebahagiaan dalam hidup dengan cara lain selagi dunia belum berakhir.

“Saya cuba mencari kegembiraan itu dari arah yang lain pula.

“Ini kerana dunia belum berakhir lagi dan siapa setuju?” ujarnya.

Tahun lalu, dia juga pernah menyuarakan pendapat mengenai perkahwinan yang dianggap bukan satu kewajipan.

Katanya, individu yang silap memilih pasangan boleh membawa kepada penderitaan dan akhirnya menjerumuskan kepada perceraian.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Satu Kepuasan, Ramai Jadi Detektif Rungkai Konflik GBGTH’

0
PETALING JAYA – Aktor Beto Kusyairy mendedahkan naskhah lakonannya, Good Boys Go To Heaven (GBGTH) membuatkan ramai individu berani tampil berkongsi pengalaman menjadi mangsa...

CATEGORIES