Thursday, August 13, 2026
HomeHIBURAN‘Kalau Allah Takdirkan Rezeki Kita RM100 Sehari, Tetaplah Bersyukur’

‘Kalau Allah Takdirkan Rezeki Kita RM100 Sehari, Tetaplah Bersyukur’

PETALING JAYA – Berdepan kemerosotan jualan dalam perniagaan, pelakon dan penerbit, Sheila Rusly mengakui tidak terlepas daripada rasa bimbang, namun memilih untuk terus bersyukur serta bersangka baik terhadap rezeki ditentukan Tuhan.

Ujar Sheila, 54, turun naik pendapatan merupakan lumrah dalam dunia perniagaan, justeru dia enggan membiarkan rasa kecewa menguasai fikiran apabila hasil jualan tidak mencapai sasaran.

“Siapa tidak risau apabila jualan merundum? Pasti terlintas dalam fikiran, ‘Ala, jualan banyak ini sahaja’ atau ‘Sikitnya’.

“Namun, nasihat orang tua-tua saya pegang sampai sekarang adalah jangan mengeluh. Kalau Allah takdirkan rezeki kita RM100 sehari, tetaplah bersyukur,” katanya dalam Threads.

Tambahnya pelakon telefilem Derita Pia itu, keadaan sukar bukan bermakna pintu rezeki sudah tertutup, sebaliknya mungkin menjadi ruang untuk seseorang terus berusaha sambil meletakkan sepenuh kepercayaan kepada Allah.

Malah, dia percaya rezeki boleh hadir dalam bentuk tidak disangka-sangka selepas seseorang melalui fasa sukar dengan sabar dan istiqamah.

“Mungkin esok Allah hantar rezeki berlipat ganda.

“Selagi kita berusaha dan tidak melakukan perkara dilarang, insya-Allah pasti Allah bantu. Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan Allah,” ujarnya.

Perkongsian Sheila itu turut mengundang reaksi netizen, malah ramai menyifatkan pendiriannya sebagai satu bentuk peringatan agar seseorang tidak mudah berputus asa ketika berdepan tekanan kewangan.

“Betul, rezeki bukan sentiasa dalam bentuk wang. Kadangkala ketenangan dan kesihatan juga satu rezeki.

“Jangan mengeluh ketika susah. Teruskan usaha dan percaya ada hikmah di sebalik setiap ujian.

“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki. Kadang-kadang rezeki datang selepas kita bertahan pada saat paling sukar,” antara komen netizen.

Bagaimanapun, ada juga netizen berpendapat kemerosotan jualan perlu dilihat secara realistik dengan menilai semula strategi perniagaan, selain terus berdoa dan berusaha.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Syafinaz Selamat Dilantik Profesor Adjung Tersohor UPSI

0
PETALING JAYA – Kredibiliti dan pengalaman luas dalam dunia muzik serta seni persembahan terus mengangkat nama Datuk Syafinaz Selamat apabila dilantik sebagai Profesor Adjung...

CATEGORIES