Thursday, September 17, 2026
HomeHIBURAN’30 Minit Lambat Tak Mengapa, Tapi Kalau Satu Dua Jam?’ - A....

’30 Minit Lambat Tak Mengapa, Tapi Kalau Satu Dua Jam?’ – A. Aida

PETALING JAYA – Penerbit Datuk A. Aida tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas dengan terus menyekat mana-mana selebriti yang mempunyai masalah disiplin untuk bekerja di bawah syarikat penerbitannya.

Menurut A. Aida, 56, setiap individu yang mahu menjadi pelakon atau penyanyi perlu menitikberatkan soal disiplin bagi memastikan kerjaya seni terus kekal.

“Bila nak jadi artis tak kiralah penyanyi atau pelakon, yang utama adalah disiplin.

“Tidak mengapa kalau setiap hari lambat 30 minit tetapi kalau lambat satu jam atau dua jam?” katanya dalam satu hantaran Threads.

Tambahnya, kelewatan untuk datang ke set penggambaran akan memberi kesulitan kepada individu lain.

“Senarai hitam terus!

“Jangan menyusahkan pihak produksi,” tegasnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai respons netizen yang menyokong tindakannya mengambil tindakan tegas terhadap selebriti mempunyai masalah disiplin.

“Bukan sahaja artis, semua orang yang ada masalah sukar tepati masa pasti akan bermasalah.

“Setuju dengan tindakan A. Aida, meluat dengan artis tak tepati masa, susahkan semua orang,” komen netizen.

Sebelum ini, aktres Fasha Sandha juga turut meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pelakon yang kerap datang lewat ke lokasi penggambaran sehingga menjejaskan jadual kerja pihak lain termasuk dirinya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Suami Isteri Cedera Rempuh Gajah Di Jalan Jerangau Jabor

0
KEMAMAN - Sepasang suami isteri cedera selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh seekor gajah di Kilometer 160, Jalan Jerangau-Jabor, berhampiran Bandar Baru, malam semalam. Dalam...

CATEGORIES