Friday, September 25, 2026
HomeBERITAWarga China Mengaku Salah, Cuba Curi Dompet Di Dalam Pesawat

Warga China Mengaku Salah, Cuba Curi Dompet Di Dalam Pesawat

BALIK PULAU – Seorang lelaki warna China mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan cuba mencuri dompet daripada beg galas milik seorang lelaki di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), minggu lalu.

Tertuduh, Chen Bangjun, 55, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Mandarin di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa cuba mencuri sebuah dompet dari dalam beg galas milik seorang lelaki antara jam 9.25 pagi hingga 10 pagi di LTAPP, Bayan Lepas pada 17 September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 511 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 379 memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Bagi kesalahan cubaan mengikut Seksyen 511, hukuman penjara yang dikenakan tidak melebihi separuh daripada tempoh hukuman maksimum bagi kesalahan berkenaan.

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Sofi Jaafar meminta hukuman setimpal sebagai pengajaran, manakala peguam, Teh Yi Kai memohon hukuman dikurangkan berikutan tertuduh yang tidak bekerja mengakui insaf dengan perbuatannya selepas sembilan hari menjalani perintah reman di lokap.

“Berikutan ia adalah cubaan mencuri, tiada kerugian sebenar yang dilaporkan dan tertuduh mengakui tindakan itu dilakukan kerana ketamakan,” kata Teh Yi Kai ketika prosiding itu.

Mahkamah kemudian menetapkan denda sebanyak RM3,000 atau penjara tiga bulan jika gagal bayar denda.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pembantu Jurujual Dituduh Tipu Pakej Umrah Persendirian RM35,736

0
BALIK PULAU - Pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian...

CATEGORIES