Friday, September 25, 2026
HomeBERITAJPJ Nafi Cadang Beri Lesen Memandu Kepada Kaum Rohingnya

JPJ Nafi Cadang Beri Lesen Memandu Kepada Kaum Rohingnya

PUTRAJAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan tular kononnya agensi itu mencadangkan agar pelarian etnik Rohingya dibenarkan mendapatkan lesen memandu di Malaysia.

JPJ dalam satu kenyataan berkata, pihaknya sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan siasatan serta tindakan sewajarnya diambil berhubung penyebaran kandungan berkenaan.

“Kenyataan bertajuk ‘JPJ Cadang Benarkan Rohingya Mendapatkan Lesen Memandu’ itu dimuat naik menerusi satu akaun Facebook dan dilihat menyerupai laporan berita rasmi.

“JPJ memandang serius sebarang cubaan menghasilkan, mengubah suai atau menyebarkan kandungan menggunakan nama, identiti atau imej JPJ dengan cara yang boleh mengelirukan orang ramai serta menjejaskan kredibilitinya,” kata kenyataan itu.

JPJ turut menasihatkan orang ramai supaya tidak berkongsi maklumat yang kesahihannya tidak dapat disahkan dan merujuk kepada saluran rasmi jabatan bagi mendapatkan maklumat yang tepat serta disahkan.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pembantu Jurujual Dituduh Tipu Pakej Umrah Persendirian RM35,736

0
BALIK PULAU - Pembantu jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan memperdaya seorang individu berhubung pakej umrah persendirian membabitkan kerugian...

CATEGORIES