Thursday, August 13, 2026
HomeHIBURANBeri Peluang Artis ‘Jambu’ Bintangi Naskhah Aksi – Shaheizy Sam

Beri Peluang Artis ‘Jambu’ Bintangi Naskhah Aksi – Shaheizy Sam

KUALA LUMPUR: Pelakon, Shaheizy Sam berpendapat sudah tiba masanya pihak produksi tempatan lebih terbuka dengan memberi peluang kepada artis berwajah ‘jambu’ untuk membintangi naskhah aksi.

Menurut Sam atau Shaheizy Sam Abdul Samad, 43, pelakon yang baik mampu menghidupkan sesuatu karakter tanpa terlalu bergantung kepada rupa paras semata-mata.

“Bagi saya, kita kena beri peluang kepada pelakon-pelakon ini. Macam saya sendiri, saya kecil, tak tinggi dan rupa pula biasa-biasa sahaja.

“Kalau nak dibandingkan dengan zaman saya nak naik dulu, pelakon semua kacak, berwajah Pan-Asian dan tinggi. Tetapi, kalau saya tidak diberikan peluang ketika itu, mungkin saya tidak akan berada di mana saya berada sekarang,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia pada sidang media filem Chelot, baru-baru ini.

Bagaimanapun, Sam menjelaskan, dia tidak bermaksud pihak produksi perlu mengambil mudah dalam pemilihan pelakon, sebaliknya mereka perlu bijak menilai kemampuan seseorang pelakon dalam menghidupkan karakter yang ditawarkan.

“Tetapi, jangan beri peluang secara ‘buta-buta’. Kalau pengarah atau penerbit tidak yakin dengan kemampuan pelakon itu, mereka boleh mengupah jurulatih lakonan bagi memastikan pelakon berkenaan dapat membawakan watak yang diberikan dengan sebaik mungkin.

“Semuanya terletak di tangan pengarah atau penerbit itu sendiri. Mereka perlu berani mengambil tanggungjawab serta risiko untuk memberi peluang kepada pelakon-pelakon ini,” katanya.

Sam bakal tampil sebagai antagonis menerusi filem Chelot yang mengisahkan operasi menumpaskan kegiatan penyeludupan senjata bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut menjayakan filem berkenaan ialah Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Nadhir Nasar, Alicia Amin dan Azhan Rani.

Chelot bakal menemui penonton di seluruh negara pada 27 Ogos ini.

Sumber – UTUSAN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Syafinaz Selamat Dilantik Profesor Adjung Tersohor UPSI

0
PETALING JAYA – Kredibiliti dan pengalaman luas dalam dunia muzik serta seni persembahan terus mengangkat nama Datuk Syafinaz Selamat apabila dilantik sebagai Profesor Adjung...

CATEGORIES