Saturday, July 25, 2026
HomeHIBURANTiada Orang Jahat Tak Ada Masa Depan – Saiful Apek Terkilan

Tiada Orang Jahat Tak Ada Masa Depan – Saiful Apek Terkilan

KUALA LUMPUR – Pelawak Saiful Apek meluahkan rasa kesal apabila fotonya konon ditahan pihak polis tular hingga mencetuskan semula dakwaan lama termasuk dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah.

Lebih menyedihkan kata Saiful atau nama sebenarnya Saiful Muhammad Saiful Azam Mohamed Yusoff, 56, wujud segelintir pihak membandingkan insiden tersebut dengan kes sahabat seangkatannya dalam kumpulan Senario, Yassin yang kini dirawat di pusat pemulihan di Arab Saudi.

“Tiada orang jahat yang tak ada masa depan dan tiada orang baik yang tak ada masa silam. Sebenarnya, kalau boleh saya mahu diam saja, tapi sejak semalam ramai telefon, termasuk emak dan adik-beradik. Jadi saya kena jelaskan.

“Saya tak nak isu ini terus dibiarkan sebab banyak sangat spekulasi. Ada yang kaitkan saya dengan kes sahabat sendiri, ada pula korek kisah lama. Kalau saya diam, nanti lebih ramai dapat dosa kering,” katanya kepada Kosmo! Online.

Menurutnya, kekecohan berlaku sewaktu dia menghadiri rumah terbuka Ketua Polis Negara di Cheras, apabila seorang individu tidak dikenali menghina filem lakonannya, 6 Jilake serta menyentuh nama pengarah Aziz M Osman.

“Jadi saya harap dengan penjelasan ini dapat memulihkan balik segala spekulasi mengenai saya, misalnya ada yang mengatakan saya bergaduhlah, terbabit dengan kes dadahlah dan sebagainya.

“Saya pun tak sangka benda ini memberi kesan teruk. Azlee yang ada masalah jantung pun terkejut. Saya minta maaf sangat-sangat. Kepada keluarga saya, emak, adik-adik, inilah dunia hiburan, doa yang baik-baik,” ujarnya ketika ditemui pada majlis Terbaek Raya anjuran mStar.

Pelakon filem Duyung itu turut mengingatkan orang ramai agar tidak mudah melatah terhadap berita tidak sahih kerana semua itu mampu memberi impak besar kepada seseorang.

“Walaupun ditahan sekali pun, seseorang itu masih OKT iaitu Orang Kena Tahan dan tetap tidak bersalah selagi belum dibuktikan. Tapi sekarang, bila keluar saja cerita, ada stesen TV yang terus gugurkan nama.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Saya Akui Banyak Kesilapan Saya Terhadap Lara – Awal Ashaari

0
KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Awal Ashaari, 44, mengakui pernah melakukan banyak kesilapan ketika membesarkan anak sulungnya, Lara Alana, yang kini berusia 12 tahun. Awal...

CATEGORIES