Tuesday, May 26, 2026
HomeHIBURANTiada Jaminan! Diddy Tunggu Hukuman Di Balik Tirai Besi

Tiada Jaminan! Diddy Tunggu Hukuman Di Balik Tirai Besi

NEW YORK: Sean ‘Diddy’ Combs, mogul muzik dan fesyen terkenal, telah ditolak permohonan ikat jamin oleh hakim persekutuan dan akan terus ditahan sehingga tarikh hukuman pada Oktober ini.

Keputusan itu dibuat selepas Combs disabitkan atas dua pertuduhan berkaitan pelacuran, walaupun dibebaskan daripada tuduhan lebih berat seperti pemerdagangan seks dan konspirasi jenayah terancang.

Hakim Daerah AS, Arun Subramanian, menolak permohonan ikat jamin bernilai AS$50 juta yang dikemukakan oleh pasukan peguam Combs, dengan alasan bahawa rekod menunjukkan bukti kekerasan, paksaan dan penguasaan terhadap mangsa.

Beliau menegaskan bahawa Combs gagal membuktikan dirinya tidak berisiko melarikan diri atau membahayakan orang awam jika dibebaskan.

Combs, 55, telah ditahan sejak September 2024 selepas didakwa memaksa dua bekas teman wanitanya untuk terlibat dalam hubungan seks bersama pekerja seks lelaki sambil beliau menonton dan merakam.

Walaupun peguam pembela berhujah bahawa hubungan tersebut adalah suka sama suka, mahkamah mendapati terdapat unsur paksaan dan kekerasan yang melampaui batas undang-undang.

Bekas teman wanita Combs, Virginia Huynh, turut menulis surat kepada mahkamah menyokong pembebasan beliau, menyatakan bahawa Combs telah berubah dan tidak lagi berbahaya.

Namun, hakim menolak rayuan tersebut, menyatakan bahawa keadaan di pusat tahanan Metropolitan Detention Center (MDC) masih mampu menjamin keselamatan Combs walaupun terdapat insiden keganasan.

Combs berdepan hukuman maksimum 10 tahun penjara di bawah Akta Mann.

Walaupun garis panduan persekutuan untuk hukuman adalah rumit dan tidak wajib, hakim mempunyai kuasa penuh untuk menentukan tempoh hukuman berdasarkan bukti dan kesan terhadap mangsa.

Sumber: Astro Awani

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

GSF 2.0: Malaysia Sedia Heret Israel Ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

0
SEPANG - Kerajaan sedia mengheret rejim Zionis ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) selepas segala maklumat dan dokumen bukti selesai dikumpulkan oleh pasukan peguam. Menteri Besar...

CATEGORIES