Thursday, June 11, 2026
HomeHIBURANHisyam Hamid Dedah Hal Sebenar, Dakwa Segmen ‘Award’ Ditukar Saat Akhir

Hisyam Hamid Dedah Hal Sebenar, Dakwa Segmen ‘Award’ Ditukar Saat Akhir

Pelakon Hisyam Hamid mendedahkan perkara sebenar ketika berada di salah satu program hiburan yang menjadi kontroversi kerana dikatakan cuba mencari publisiti dengan mencampuri hal peribadi selebriti lain.

Menerusi perkongsian di Threads, tular satu tangkap layar mendakwa Hisyam menjelaskan bahawa dirinya sepatutnya menjadi individu yang bertanggungjawab menyampaikan anugerah bagi kategori Selebriti Feminin Terhangat yang dirangkul oleh pelakon Sophia Albarakbah.

Namun begitu, perubahan telah dibuat secara tiba-tiba di mana Hisham diminta untuk menjadi penyampai anugerah yang pertama dan tanggungjawabnya itu diambil alih oleh pelakon Bella Astilah dan Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq.
“Sampai-sampai je “Hisyam jom terus ke backstage”, tak tahu pula kena present first award. tetiba neves,” tulisnya.
Hantaran tersebut telah di padam oleh aktor asal Singapura itu namun ramai dalam kalangan netizen di Threads sempat memuat naik semula paparan skrin tersebut.
Lebih menarik, selepas hantaran itu dipadam Hisyam sempat mengucapkan selamat malam kepada pengikutnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan ucapan terima kasih kepada Hisyam kerana telah menceritakan perkara sebenar kepada umum.
“Tq bang spill the truth!
“Goodnight & thankyou for the … btw! 🙆‍♀️
“Tq for the tea!! Nanti mai kedai kopi cheq. Cheq belanja hahahahahha
“Wahhh.. spill terbaik!,” komen netizen.
Terdahulu, nama Sophia kembali hangat diperkatakan selepas momen janggal menerima anugerah daripada penyanyi, Bella Astillah di sebuah majlis hiburan baru-baru ini.

Sebelum ini, nama Sophia meledak selepas Bella mendakwa dia menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya dengan Aliff sekitar Januari 2023.

Difahamkan, Bella juga pernah memuat naik tangkap layar perbualan yang memaparkan aktres berkenaan memohon maaf dan menyatakan hasrat memperbetulkan keadaan berhubung dakwaan tersebut.

Untuk rekod, Bella dan Aliff menikah pada 2016 namun pasangan itu disahkan bercerai talak satu buat kali kedua pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cadang Tambah Bonggol Di Laluan Menurun Genting Highlands

0
PETALING JAYA – Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing mencadangkan agar pihak berkaitan mengkaji untuk menambah kemudahan pengurang kelajuan termasuk...

CATEGORIES