Saturday, July 4, 2026
HomeHIBURAN‘Terima Kasih Menerima Lelaki Yang Gagal’ – Datuk Red Selamat Menikah Lagi

‘Terima Kasih Menerima Lelaki Yang Gagal’ – Datuk Red Selamat Menikah Lagi

PETALING JAYA – Usahawan yang juga bekas suami penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Red kembali bergelar suami selepas selamat bernikah dengan wanita pilihannya, Rohanita dalam sebuah majlis tertutup dipercayai di ibu negara hari ini.

Red atau nama sebenarnya Adnan Abu, 46, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 dan dilihat memakai busana lengkap berwarna putih warna senada dengan isterinya.

Dalam sebuah hantaran TikTok, Red memuat naik video romantis berpegangan tangan dengan Rohanita, 35, yang sudah secara rasmi menjadi isterinya.

Red juga berkata, dipertemukan dengan Rohanita yang memahami dan menerima segala kekurangannya.

“Dia tahu susahku, kekuranganku dan kebencian orang terhadapku.

“Tapi dia memilih untuk tidak pergi.

“Terima kasih isteriku menerima lelaki yang gagal segala- galanya. Sayang Rohanita hingga akhir hayatku,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Sementara ruangan komen hantaran sama turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada orang ramai yang mendoakan perkahwinannya kali ini berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Alhamdulillah semoga kekal hingga ke syurga.

“Kami tumpang gembira, semoga berkekalan!” komen netizen.

Terdahulu, Red bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim (Datin Red) dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor pada 13 Mei 2024.

Tidak lama kemudian, Red bercerai talak satu dengan Adira pada penghujung April 2024.

Sebelum itu, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.

Hasil perkahwinan dengan Adira, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tiba-Tiba Diserang Rasa Sunyi, Keseorangan Yang Sangat Dahsyat’

0
PETALING JAYA – Hilang punca, pelakon Kamal Adli mengakui berdepan fasa kesunyian dan kekosongan jiwa yang dahsyat sehingga meminta pandangan orang ramai tentang cara...

CATEGORIES