Friday, April 24, 2026
HomeHIBURAN'Taylor Swift Jaga Saya Dengan Baik, Tapi Saya Liar’

‘Taylor Swift Jaga Saya Dengan Baik, Tapi Saya Liar’

MODEL terkenal Cara Delevingne mendedahkan rakan baiknya iaitu penyanyi Taylor Swift sebagai individu penting yang membantunya mengatasi masalah penyalahgunaan dadah dan alkohol.

Katanya, sikap Swift yang terbuka menerima dirinya untuk tinggal bersama di kediaman penyanyi itu membuatkan rasa terharu.

“Sebelum itu saya berdepan dengan kegagalan hubungan yang menyedihkan. Swift telah membenarkan saya untuk tinggal bersama dengannya.

“Dia menjaga saya dengan baik, tetapi saya memberikannya sedikit ‘pengalaman liar’. Bagi saya Swift seorang sahabat yang sangat baik, bijak dan pandai mengambil hati,” katanya.

Delevingne turut menyifatkan teman baiknya itu sebagai hero kerana sudi meluangkan waktu untuk membantunya.

“Kami merupakan dua individu yang berbeza. Itu yang membuatkan Swift unik. Bagi saya, dia adalah pejuang (hero) yang ada untuk menolong,” tambahnya.

Sumber – Kosmo! Online

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tak Fikir Watak Pembantu Turunkan Taraf Pelakon’ – Amir Ahnaf

0
Mengakui sudah agak selektif dalam soal tawaran, aktor muda Amir Ahnaf tetap menerima watak pembantu atau sampingan selagi naratif karya tersebut mampu mencabar kemampuannya...

CATEGORIES