Tuesday, January 13, 2026
HomeHIBURAN'Suka-Suka Kahwin Cerai, Tanggungjawab Ke Laut' – Abby Abadi

‘Suka-Suka Kahwin Cerai, Tanggungjawab Ke Laut’ – Abby Abadi

PETALING JAYA – Membela nasib wanita teraniaya, pelakon Abby Abadi menegur sikap segelintir lelaki yang tergamak berkahwin baharu tanpa menyelesaikan nafkah terhadap bekas isteri dan anak-anak.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, berharap mahkamah di Malaysia menguatkuasakan undang-undang dengan lebih tegas bagi menyedarkan lelaki yang culas sebelum membenarkan mereka bernikah lagi.

“Kalau cerai, selagi kes belum selesai dan nafkah tertunggak tak boleh kahwin baharu, baru betul. Ini suka-suka nak kahwin cerai, kahwin cerai. Tanggungjawab ke laut,” tulisnya di Threads.

Pandangan ibu kepada enam anak itu meraih sokongan netizen yang sependapat dengannya melihatkan senario ramai ibu tunggal terpaksa membesarkan anak sendirian tanpa nafkah daripada bekas suami.

Lebih membuatkan mereka terkilan lelaki tidak bertanggungjawab itu pula tanpa rasa bersalah membina kehidupan baru ketika anak-anak dibiarkan begitu sahaja dengan nafkah yang tertunggak.

“Tunaikan dulu tanggungjawab terhadap anak-anak. Mereka juga darah daging si bapa,” tulis seorang pengguna Threads.

Pada hantaran, Abby turut memberikan respons terhadap kisah tular seorang wanita yang nekad menerjah majlis pernikahan bekas suaminya bagi mendapatkan tanda tangan untuk kes nafkah tertunggak.

Menurutnya, tindakan ibu tunggal wajar disokong memandangkan dia menuntut hak anak tunggal yang tidak mendapat nafkah daripada bapa sendiri sehingga kanak-kanak itu kini berusia dua tahun.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Keluarkan Barang Bukan Membabi Buta, Itu Nasihat Daripada Peguam’

0
SHAH ALAM – Penyanyi sensasi Nubhan mengakui memiliki alasan yang kukuh mengapa dirinya bertindak mengeluarkan barang-barang milik bekas isterinya, Dr Afifah dari kediamannya baru-baru...

CATEGORIES