Friday, July 24, 2026
HomeHIBURAN‘Setuju 100 Peratus’ - Abang Syed Saddiq Restu Hubungan Dengan Bella

‘Setuju 100 Peratus’ – Abang Syed Saddiq Restu Hubungan Dengan Bella

PETALING JAYA – Mendapat lampu hijau ahli keluarga terdekat, abang kepada Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq, Syed Abdullah merestui hubungan ahli politik itu dengan penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.

Syed Abdullah atau nama lengkapnya Syed Abdullah Abd. Rahman, 38, memberikan sokongan penuh apabila mengakui pasangan terbabit sangat sepadan.

“Setuju 100 peratus. Kalau mereka gembira, saya pun gembira.

Comel gilakan (Syed Saddiq dan Bella),” kata pempengaruh itu memberikan maklum balas terhadap pertanyaan pengikut di laman sosialnya yang kini tular.

Respons tersebut diberikan Syed Abdullah selepas dia memuat naik video Syed Saddiq dan selebriti terbabit bermain ‘osom‘ dalam InstaStory.

Begitupun, adiknya hanya menyatakan apa sahaja boleh berlaku pada masa hadapan, sama seperti dunia politik.

Bella sebelum ini memilih untuk tidak memberi komen mengenai status hubungan mereka kerana bimbang tersilap cakap.

Ibu tunggal kepada dua anak itu hanya mahu memberi fokus terhadap kerjaya selain kepada keluarga.

Sejak kebelakangan ini, hubungan rapat kedua-dua figura popular terbabit semakin hangat diperkatakan selepas masing-masing dipilih menjadi duta jenama pakaian.

Mereka dilihat banyak meluangkan masa bersama, malah turut berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah, baru-baru ini.

Syed Saddiq juga pernah muncul dalam muzik video lagu nyanyian bekas isteri kepada pelakon Aliff Aziz itu yang berjudul Tapi Bukan Denganmu.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Marsha Milan Teruja Jayakan Konsert Ungu September Ini

0
KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2026 – Peluang untuk berkongsi pentas bersama kumpulan legenda Indonesia, Ungu, sempena konsert "Ungu 3 Dasawarsa: Special Night in Kuala...

CATEGORIES