KUALA LUMPUR – Seleberiti dan usahawan, Neelofa tampil mempertahankan harga nasi bungkus keluaran jenama Gerai Mak Ne selepas menerima komen berbaur sindiran daripada netizen Tiktok.
Menerusi sebuah video, Neelofa dilihat membuat ulasan mengenai menu Nasi Bukuh Mama Tini yang merupakan hasil air tangan ibunya, Datin Noor Kartini.
Namun, perkongsian itu mengundang perhatian segelintir netizen yang mempersoalkan harga makanan berkenaan, malah ada yang menyindir dengan mengaitkannya dengan harga nasi ayam yang pernah dijual ibunya sebelum ini.

Tidak membiarkan perkara tersebut berlarutan, Neelofa menjelaskan bahawa harga hidangan itu tidak jauh berbeza dengan nasi berlauk Kelantan yang dijual di sekitar Kuala Lumpur.
“Sama sahaja harganya dengan nasi-nasi berlauk Kelantan yang dijual di Kuala Lumpur. Jadi, jangan terlalu jahat ketika meninggalkan komen jika tidak menonton video dengan betul,” katanya menerusi ruangan komen.
Neelofa turut menegur sikap sesetengah pengguna media sosial yang terus memberikan komen tanpa memahami keseluruhan kandungan video berkenaan, sedangkan maklumat mengenai harga telah dinyatakan dengan jelas.
Perkongsian tersebut kemudian menarik perhatian pengguna TikTok dan mencetuskan pelbagai reaksi mengenai harga makanan berkenaan.





