Monday, September 14, 2026
HomeBERITAGunung Semeru Meletus Tiga Kali, Abu Cecah 1,000 meter

Gunung Semeru Meletus Tiga Kali, Abu Cecah 1,000 meter

JAKARTA – Gunung Semeru di Jawa Timur dilaporkan meletus tiga kali pagi ini dengan memuntahkan abu setinggi 1,000 meter dari puncaknya, menurut pihak berkuasa Indonesia.

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), abu tertinggi direkodkan ketika letusan pada 6.28 pagi waktu tempatan, mencecah kira-kira 4,676 meter dari aras laut.

Menunjukkan keadaan Gunung Semeru Meletus

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawangnya, letusan itu berlangsung selama 140 saat, selepas dua letusan terdahulu pada 4.20 pagi dan 5.53 pagi yang masing-masing menghasilkan abu setinggi kira-kira 500 meter dan 800 meter dari puncak.

Di lokasi lain di Indonesia, Gunung Ibu di Maluku Utara meletus pada 12.39 tengah malam, memuntahkan abu tebal berwarna kelabu setinggi kira-kira 200 meter dari puncak dan bergerak ke arah timur.

PVMBG memaklumkan letusan itu berlangsung selama 53 saat, manakala Gunung Ili Lewotolok di Nusa Tenggara Timur meletus pada 4.30 pagi dengan menghasilkan abu setinggi kira-kira 200 meter dari puncak.

Abu berwarna putih dari Ili Lewotolok dilihat bergerak ke arah barat laut, manakala letusan itu berlangsung selama 34 saat.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Pujian Zizan Razak Jadi Pembakar Semangat Namie

0
KUALA LUMPUR - Pengacara dan pelakon Namie menyifatkan pujian daripada penghibur berpengalaman, Zizan Rzak, sebagai satu penghargaan besar buat dirinya yang masih baharu dalam...

CATEGORIES