Monday, November 9, 2026
HomeHIBURANSweet Qismina Tidak Pernah Lupakan Jasa Arwah Ibu Elfira Loy

Sweet Qismina Tidak Pernah Lupakan Jasa Arwah Ibu Elfira Loy

KUALA LUMPUR – Pelakon Sweet Qismina, 29, tidak pernah melupakan jasa Allahyarham Filzah Yussof serta persahabatan erat arwah dengan ibunya, Misnah Atan. Allahyarham merupakan ibu kepada pelakon Elfira Loy.

Terdahulu, Elfira menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IGs) berkongsi berita sedih kehilangan selamanya ibu tercinta, Filzah, 61, hari ini.

“Keikhlasan hati Aunty Filzah yang membawa kami dalam dunia seni. Ya, dia adalah ibu kepada Elfira Loy. Kalau bukan sebab Aunty ajak mama pergi uji bakat teater 20 tahun lepas, Sweet tak ada dekat sini.

“Saya masih ingat lagi mama pergi tanya Aunty macam mana nak masuk industri, dan Aunty telah kongsikan segalanya kepada kami. Aunty mengajar kami banyak tentang bagaimana untuk menjadi yang terbaik.

“Mama akan sentiasa berkata, “tengok Kak El (Elfira) tu, lihat betapa berjaya dia” dan saya tahu di belakang Kak El sentiasa ada dia. Jangan lupa adik-beradik lain juga,” tulisnya pada hantaran dimuat naik di Instagram (IG).

Pelakon filem Babah ini berkata, kebaikan Allahyarham Filzah tidak boleh diganti dan dilupakan, termasuk akan diingati selamanya sebagai rakan terbaik sehingga ke akhir hayat.

“Kebaikan Aunty tidak ada orang boleh ganti. Kami tidak akan pernah lupa, dan kami akan sentiasa ingat Aunty. Terima kasih Aunty untuk nasihat-nasihat yang baik. Saya sangat menyayangi Aunty dan mama juga.

“Dua wanita yang kuat untuk membesarkan anak-anak mereka. Terima kasih kerana tidak pernah lupa kami. Al-Fatihah Aunty Filzah Yusoff,” katanya.

Difahamkan, Allahyarham Filzah menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di hospital selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan susulan prosedur intubasi.

Pada 28 Ogos lalu, menerusi perkongsian hantaran di media sosial Elfira memohon doa ramai untuk kesihatan ibunya yang perlu menjalani rawatan lanjut di hospital.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Cukup Cergas Untuk Lari Maraton, Tetapi Adakah Jantung Anda Benar-Benar Sihat?

0
PUTRAJAYA – Ramai individu sanggup menghabiskan masa berbulan-bulan untuk membuat persediaan sebelum menyertai maraton, termasuk mengikuti jadual latihan, meningkatkan jarak larian dan menjaga pemakanan. Namun,...

CATEGORIES