Wednesday, April 22, 2026
HomeHIBURAN'Pembuli Hanya Manusia Kosong Yang Takut Orang Lain Lebih Dari Dia'

‘Pembuli Hanya Manusia Kosong Yang Takut Orang Lain Lebih Dari Dia’

PETALING JAYA – Penyanyi Zizi Kirana menyifatkan golongan pembuli sebagai individu tiada keyakinan diri dan memiliki jiwa yang lemah.

Zizi atau Nur Fazelah Mad Tahil, 40, menegaskan pembuli sebenarnya tidak hebat seperti yang mereka sangka.

“Pembuli tidak pernah hebat, dia cuma manusia kosong yang takut tengok orang lain lebih daripada dia. Dia pijak orang bukan sebab dia kuat tapi dia lemah.

“Manipulatif, ‘insecure’ dan tiada empati, semua itu topeng untuk sorok hakikat yang dia tak mampu hadap diri sendiri.

“Kau nak tahu siapa yang ‘loser’ sebenarnya? Dialah orang yang perlu jatuhkan orang lain untuk rasa bernilai,” katanya dalam Threads.

Ramai bersetuju dengan pendapat pelantun lagu Eh itu bahawa pembuli adalah individu lemah selain menitipkan doa buat arwah Zara Qairina.

“Setuju, pembuli sebenarnya pengecut sebab itu mereka cipta kumpulan untuk buli mangsa bersama-sama untuk nampak diri mereka kuat,” tutur peminat.

“Betul, mereka berani sebab mereka ramai saja. Semoga ada keadilan untuk arwah Zara Qairina,” ujar pengikut.

Sebelum ini, Zara Qairina dilaporkan meninggal dunia dipercayai akibat terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Kinarut, Papar, pada 16 Julai lalu.

Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat menggesa siasatan yang telus, adil dan saksama terhadap kematian anak perempuannya.

9 Ogos lalu, Mayat Zara Qairina digali semula dan dibawa ke Hospital Queen Elizabeth I untuk bedah siasat.

Jenazah Zara Qairina selesai dibedah siasat dan dikebumikan semula di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol, Sipitang.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Selektif Pada Watak, Bukan Memilih Individu’ – Azira Shafinaz

0
BERTAPAK sebagai anak seni hampir dua dekad, bermacam-macam watak pernah diterajui Azira Shafinaz sebagai seorang pelakon. Tidak keterlaluan sekiranya mengatakan hampir semua karakter dipegangnya dilakukan...

CATEGORIES