Thursday, September 3, 2026
HomeHIBURANOrang Kata Saya Dah Kaya-Raya , Tak Rasa Begitu - Nabila Razali

Orang Kata Saya Dah Kaya-Raya , Tak Rasa Begitu – Nabila Razali

PETALING JAYA – Penyanyi Nabila Razali menepis tanggapan bahawa dirinya tidak lagi menerima tawaran lakonan kerana sudah kaya- raya , sebaliknya menegaskan bahawa dia kini lebih memilih tawaran berdasarkan kesesuaian masa dan kemampuannya.

Ujar Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd. Razali, 33, ukuran kekayaan tidak seharusnya tertumpu kepada wang semata-mata kerana kehidupan berkeluarga, penerimaan peminat dan kelangsungan kerjaya turut dianggap sebagai nikmat besar buat dirinya.

“Tidaklah begitu tapi saya aminkan alhamdulillah, dengan apa saya ada sekarang, saya sangat gembira, sudah berkahwin dan mempunyai anak, itu satu rezeki besar.

“Lagu-lagu pun masih berkumandang dan orang masih menerima saya dalam industri. Bagi saya, semua itu juga satu bentuk kekayaan. Jadi, kalau orang kata saya memilih kerana sudah kaya-raya dari segi wang, saya tidak rasa begitu.

“Pada akhirnya, kita kena tahu kekuatan sendiri dan tahu bila masanya untuk berhenti. Jangan kejar semua benda sampai perkara paling kita suka terlepas. Itu yang sedang saya lakukan sekarang dan saya harap hasilnya nanti dapat dilihat semua orang,” katanya kepada Kosmo! Online.

Tambah pelantun lagu Peluang Kedua itu, tawaran lakonan masih diterima, namun faktor masa menjadi pertimbangan utama memandangkan tuntutan penggambaran lazimnya mengambil tempoh panjang.

“Tawaran berlakon masih ada. Cuma saya agak memilih mengikut kesesuaian masa. Seperti kita tahu, penggambaran mengambil tempoh agak panjang.

“Saya sudah ada seorang anak dan pada masa sama mahu terus menyanyi. Kalau mahu berlakon pula, komitmen boleh mencecah berbulan-bulan. Jadi, saya perlu memilih bidang paling kuat serta sesuai dengan keadaan sekarang.

“Saya harap apa saya usahakan ketika ini memberikan hasil terbaik. Kita doakan sahaja,” katanya pada tayangan filem animasi Pelangi Di Mars di sini, semalam.

Mengulas mengenai rakan selebriti terpaksa melobi diri sendiri bagi mendapatkan tawaran kerja, Nabila menyifatkan perkara tersebut sebagai sebahagian daripada perjalanan seseorang dalam industri seni.

Baginya, setiap penggiat seni mempunyai fasa tersendiri sebelum benar-benar mendapat tempat serta kepercayaan dalam industri.

“Benda itu berlaku kepada semua orang termasuk saya,. Selepas keluar daripada Akademi Fantasia, saya mengambil masa untuk benar-benar aktif dalam industri dan mendapatkan lagu sesuai dengan diri saya.

“Semua itu proses dan kita kena bersabar. Rezeki tidak pernah salah alamat, cuma cepat atau lambat sahaja. Jadi, kepada sesiapa hampir berputus asa, jangan mengalah.

“Fikir semula perkara kita mahukan sejak awal. Kalau betul-betul minat, teruskan sahaja. Jangan terlalu fikirkan cakap orang. Kalau Tuhan nampak usaha kita, Dia akan bantu,” ungkapnya.

Dalam perkembangan lain, Nabila diberi kepercayaan menyanyikan lagu tema atau OST filem animasi sains fiksyen sarat emosi, Pelangi Di Mars, karya dari Indonesia arahan Upie Guava.

Filem berkenaan dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 3 September 2026, selain tampil dalam versi alih suara Bahasa Malaysia.

Sumber – KOSMO! ONLINE.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Misha Rentas Sisi Maskulin Dalam Showcase Aku & Lelaki

0
KUALA LUMPUR - Enggan menyajikan persembahan dengan konsep sama setiap kali bertemu peminat , penyanyi tersohor Misha Omar bakal menampilkan sisi berbeza menerusi showcase eksklusif,...

CATEGORIES