Friday, September 18, 2026
HomeHIBURANNorman Hakim Titip Pesanan Bermakna Buat Maria Danisha

Norman Hakim Titip Pesanan Bermakna Buat Maria Danisha

KUALA LUMPUR – Pelakon dan usahawan, Norman Hakim, 50, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi kemeriahan sambutan ulang tahun ke-18 anak perempuannya, Maria Danisha, di media sosial.

Norman meraikan hari jadi ke-18 anaknya, Maria Danisha. Foto IG Norman Hakim

Norman atau nama sebenar, Mohamed Nurhakim Zaidon memuat naik hantaran foto dan video di Instagram (IG) bersama isteri, Memey Suhaiza dan anak-anak ketika membuat kejutan istimewa kepada Maria Danisha yang dipanggil Baby.

Norman berkata, waktu berlalu begitu cepat hingga Maria Danisha kini berusia 18 tahun dan semakin dewasa sekali gus memulakan perjalanan baharu dalam kehidupannya termasuk mengejar impian diinginkan.

“Waktu berlalu begitu cepat. Baby saya secara rasmi berusia 18 tahun hari ini. Walaupun Baby semakin dewasa, di mata saya akan selamanya kamu menjadi gadis kecil saya. Anak perempuan berharga Papa.

“Akan selamanya Papa mencintai dan melindungi kamu. Menjadi 18 tahun, lebih sekadar bertambah usia.

“Ia menandakan perjalanan sebuah kehidupan baru, di mana kamu akan menemukan hidup, mengejar impian dan membina masa depan sendiri,” tulisnya pada hantaran itu.

Bapa enam anak ini turut meluahkan situasi dirinya yang mungkin tidak selalu dapat meluang masa bersama anak-anak, tetapi berjanji akan selalu berada di belakang masing-masing untuk memberi semangat dan sokongan.

“Papa mungkin tidak dapat selalu bersama di setiap jalan kamu lalui, tetapi akan selalu ada di belakang. Apabila kamu lelah, tolong lihat ke belakang insya-Allah Papa ada. Apabila kamu berasa ingin jatuh, hubungi dan insya-Allah Papa ada lagi.

“Jika dunia pernah membuat kamu meragui diri sendiri, tolong datang ke pelukanku kerana kamu akan selamanya cukup disayangi dengan mendalam dan menjadi kebanggaanku.

“Papa tidak minta Baby jadi sempurna. Hanya jadilah baik, lindungi martabat dan hatimu tetap kuat dalam setiap cabaran, dan selalu letakkan Allah di atas segala sesuatu yang kamu lakukan.

“Semoga Allah melindungi kamu ketika Papa tidak dapat berada di sisi kamu, membimbing setiap langkah yang kamu ambil, dan memastikan kamu dikelilingi orang-orang yang sangat mencintai kamu,” katanya.

Maria Danisha adalah anak bongsu Norman dengan bekas isteri, Abby Abadi, 49, yang dikahwini pada 2002 sebelum mereka bercerai pada 2009.

Hasil perkongsian hidup itu, Norman dan Abby turut mempunyai dua lagi cahaya mata iaitu Mohamed Danish Hakim, 23, dan Marissa Dania Hakim, 21.

Selepas perceraian, Norman bertemu jodoh kali kedua dengan usahawan dan pelakon Memey Suhaiza, 38, pada 2011 dan mereka bahagia bersama tiga anak.

Sumber – Berita Harian

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Bekalan Air Terhad, El Nino Tambah Tekanan Pesawah

0
ALOR SETAR: Pesawah di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berdepan cabaran berganda apabila kedudukan takungan tiga empangan kini hanya 35.76 peratus, selain kebarangkalian...

CATEGORIES