Wednesday, July 29, 2026
HomeHIBURANNetizen Seronok Tengok Kebahagiaan Farid Kamil, Diana Danielle Lepas Rujuk

Netizen Seronok Tengok Kebahagiaan Farid Kamil, Diana Danielle Lepas Rujuk

SEJAK cinta kembali bertaut selepas rujuk sebagai suami isteri, ada sahaja gelagat pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil mencuri tumpuan ramai.

Baru-baru ini pasangan tersebut mencuit hati ramai apabila tampil dengan aksi menari bagi lagu My Marmalade dalam sebuah video.

Menurut Diana, 32, Farid yang pada awalnya agak malu untuk menari dalam video tersebut berubah sekelip mata selepas ‘sakan’ beraksi.

“Member yang pada mulanya malu-malu tetapi akhirnya tidak berhenti,” kata Diana yang berkongsi tentang telatah bersahaja suaminya.

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Farid malah seronok melihat kebahagiaan pasangan tersebut.

“Rasa bahagia melihat Farid dan Diana dalam video tersebut. Semoga berkekalan.

“Farid seorang yang lucu dan layan sahaja kehendak si isteri,” kata netizen.

Sumber: Kosmo

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Tidak Mahu Dia Tukar Agama Sekadar Di Atas Kertas’ –...

0
PETALING JAYA – Pelakon juga penyanyi popular, Daiyan Trisha mengakui pernah menjalin cinta dengan seorang lelaki bukan Islam namun hubungan tersebut putus di tengah...

CATEGORIES