Friday, April 17, 2026
HomeHIBURANNadeera Capai Impian & Hael Terus Unggul Di AJL39

Nadeera Capai Impian & Hael Terus Unggul Di AJL39

KUALA LUMPUR, 21 November 2024 – Umum diketahui dua bintang popular di bawah naungan label terkemuka, Rocketfuel Entertainment, iaitu Nadeera Zaini dan Hael Husaini, baru-baru ini telah berjaya melayakkan diri ke pertandingan berprestij dalam industri muzik Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39). 

Dalam nada yang sebak dan tidak dapat menahan air mata kegembiraannya, Nadeera berkata, “Saya sangat terharu kerana ini adalah kali pertama saya layak ke pusingan ‘semi final’ dan berjaya menempah tiket ke pentas AJL39. Untuk mencapai ke tahap ini sebagai anak seni bukanlah mudah, hanya mereka yang bersama saya dalam perjuangan ini benar-benar faham betapa sukarnya buat saya untuk sampai ke hari ini.

“Terima kasih kepada pihak TV3 kerana mempercayai bakat yang saya miliki. Pemilihan ini seperti satu anugerah bagi saya.”

Hael Husaini, yang merupakan calon berpengalaman dalam AJL sebelum ini, turut berkongsi perasaan gembiranya. “Terima kasih kepada para juri yang memilih lagu ‘Diam’. Dua karya saya terpilih untuk AJL39 dan saya benar-benar bersyukur. Tiada kata-kata yang mampu saya ungkapkan, hanya perasaan penuh terima kasih.

Nadeera Capai Impian

Setelah lebih sedekad menanti peluang untuk tampil di pentas AJL, impian Nadeera akhirnya tercapai apabila namanya diumumkan sebagai finalis melalui lagu hitnya, “Bukan Lagi Kita”, ciptaan Hael Husaini dan komposer Iqie Hugh.

“Akhirnya, tahun ini, rezeki menyebelahi saya dan saya dipilih untuk bertanding dengan lagu saya sendiri,katanya. “Saya tidak mahu meletakkan apa-apa harapan. Sudah pasti semua yang bertanding mempunyai impian untuk menang. Kalau ada rezeki, Alhamdulillah. Dapat melayakkan diri ke AJL39 pun saya sudah bersyukur. Jadi, saya tidak kisah sama ada menang atau kalah.


Hael Terus Unggul

Bagi Hael, penyertaannya dalam AJL39 dengan lagu “Diam” memberi makna yang tersendiri. “Kali ini, saya mempersembahkan lagu ‘Diam’ yang jelas berbeza daripada lagu-lagu yang pernah saya bawakann sebelum ini di pentas AJL.”

“Selain ‘Diam’, lagu ‘Bukan Milik Kita’ ciptaan saya buat Nadeera turut layak ke pentas AJL39, dan saya berbangga dengan pencapaian Nadeera kerana beliau sememangnya layak.”

Walaupun pernah menjuarai AJL32 dan AJL33, Hael masih merasakan debaran setiap kali bertanding. “Perasaan gementar itu tetap ada setiap kali bertanding. Saya hanya memberikan yang terbaik, dan nantikan kejutan di pentas AJL39 nanti,” ujarnya.


29th Asian Television Awards

Selain itu, Nadeera dan Hael akan terbang ke Jakarta, Indonesia bagi menjayakan acara penuh gemilang 29th Asian Television Award (ATA29) yang bakal berlangsung pada 29 dan 30 November 2024 ini.

Acara yang berprestij ini akan menyaksikan Nadeera dan Hael beraksi di pentas ATA29 selaku satu-satunya wakil artis perempuan dan lelaki dari Malaysia.

Selain membuat persembahan di anugerah terkemuka di Asia ini, mereka juga tercalon dalam kategori ‘Most Popular Solo Male Popular : Hael Husaini’ dan Most Popular Solo Female Performer : Nadeera di Asia Television Awards kali ini.

Sebuah penghormatan buat kedua-dua bintang tanah air kita membuat persembahan di persada antarabangsa yang bakal disaksikan secara langsung oleh negara-negara besar Asia seperti Indonesia, Singapura, Thailand, Vietnam, Filipina, Taiwan, Hong Kong dan juga Sri Lanka.

Di antara nama-nama besar industri hiburan dari rantau Asia yang terlibat adalah Luna Maya, Raffi Ahmad, Lesti Kejora, Putri Ariani dan ramai lagi. Saksikan perkembangan lanjut mengenai Hael Husaini dan Nadeera menerusi platform digital Rocketfuel Entertainment.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Tangan Berurat, Itu Penghormatan Tangan Saya Semakin Menyerupai Ibu’

0
PETALING JAYA – Dikritik tangan kelihatan lebih ‘berusia’ berbanding wajah, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha tidak melatah, sebaliknya melihat setiap kedut dan urat tangan...

CATEGORIES