Wednesday, August 5, 2026
HomeHIBURANMuka ‘Pecah’ 7 Jahitan, Adam Lee Masih Tiada Tawaran Filem Aksi

Muka ‘Pecah’ 7 Jahitan, Adam Lee Masih Tiada Tawaran Filem Aksi

PETALING JAYA – Pelakon Adam Lee berlapang dada apabila rezeki lakonannya lebih ke arah drama berbanding membintangi filem khususnya genre aksi seperti rakan seperjuangan lain.

Menurut Adam atau nama sebenar Muhamad Arif Adam Mohamed Fadlee, dia tidak lagi berasa terkilan sebaliknya menerima setiap rezeki Tuhan dengan tenang.

“Kalau nak cakap terkilan, tidaklah (tiada tawaran filem) kerana ‘sakit’ kalau asyik fikir perkara tersebut.

“Saya kena belajar reda dan terima setiap rezeki yang hadir dengan rasa syukur,” katanya kepada Kosmo! Online baru-baru ini.

Meski kurang membintangi naskhah layar lebar, dia bersyukur sentiasa dihujani dengan tawaran drama.

“Insya-Allah, saya akan masuk set penggambaran untuk sebuah drama bagi saluran Tonton tidak lama lagi.

“Muka saya, berlakon drama sahaja, nak masuk filem — saya tidak tahu kenapa asyik tak lepas?

“Sampai muka pernah ‘pecah’ (cedera) pada bahagian kening kiri dan tujuh jahitan lagi. Jadi, rasa-rasanya saya sudah buktikan yang saya boleh bertarung tetapi masih belum ada rezeki lagi,” ujarnya.

Suami kepada aktres, Sweet Qismina itu memberitahu dia masih dihujani dengan tawaran drama genre romantik komedi yang sering dilakukannya sebelum ini.

“Sampai sekarang saya masih ditawarkan drama genre cinta dan komedi romantik.

“Apa pun, saya tetap terima sebab berlakon adalah kerja hakiki,” ujarnya yang kini aktif berniaga barangan terpakai termasuk pakaian miliknya.

Sebelum ini, Adam pernah meluahkan rasa kecewa kerana impiannya untuk melebarkan sayap dalam bidang lakonan dengan membintangi filem aksi masih belum kesampaian walaupun telah menghadiri banyak sesi uji bakat.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

Perodua Turunkan Harga Axia Sehingga RM4,700

0
PETALING JAYA – Perodua mengumumkan pengurangan harga bagi model Axia, kenderaan kompak paling mampu milik di negara dan menjadi pilihan mobiliti utama negara  sehingga...

CATEGORIES