Tuesday, May 12, 2026
HomeBERITALaluan Pejalan Kaki Jalan Masjid India Dibaiki Oktober Ini

Laluan Pejalan Kaki Jalan Masjid India Dibaiki Oktober Ini

KUALA LUMPUR – Kerja pembaikan laluan pejalan kaki di Jalan Masjid India dijangka bermula Oktober ini susulan isu mendapan dan kerosakan utiliti bawah tanah di kawasan berkenaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, kerja ‘utility mapping’ sepanjang 32 kilometer (km) di kawasan tersebut kini sudah mencapai 90 peratus.

Menurut beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga akan memasang ‘settlement marker’ bagi memantau sebarang pergerakan tanah secara masa nyata demi keselamatan orang awam.

“Kita akan mula membaiki laluan pejalan kaki pada bulan Oktober dan akan memasang ‘settlement marker’ untuk mengesan sebarang pergerakan tanah secara ‘real-time’.

“Selain itu, sebanyak 1,120 kawasan cerun juga akan dipasang peranti pengesan yang disambungkan terus ke pusat arahan,” katanya pada sidang akhbar di Anjung Singgahsana Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian mendapan berhampiran Masjid Jamek yang dipercayai berpunca daripada kerosakan tembok ‘sump’.

Menurut Hannah, siasatan sedang dijalankan bersama penyedia utiliti bagi mengenal pasti sama ada kerja utiliti bawah tanah menggunakan kaedah Horizontal Directional Drilling (HDD) menjadi punca kerosakan tersebut.

“Kawasan itu telah dikosongkan selama dua minggu bagi tujuan siasatan lanjut,” katanya.

Sum– KOSMO! ONLINE

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

La Liga: Arbeloa Beri Jaminan Real Madrid Bangkit

0
BARCELONA – Jurulatih Real Madrid, Alvaro Arbeloa memberi jaminan pasukan itu akan melakar kebangkitan sebaik sahaja terlepas gelaran La Liga selepas tewas kepada Barcelona...

CATEGORIES