Wednesday, June 24, 2026
HomeBERITASumud Nusantara Seru Masyarakat Turun Ke Jalanan Memperingati Hari Nakba

Sumud Nusantara Seru Masyarakat Turun Ke Jalanan Memperingati Hari Nakba

PETALING JAYA – Gerakan solidariti antarabangsa terhadap Palestin kembali digerakkan menerusi kempen Global Days of Action for Palestine yang dijadual berlangsung pada 15 dan 16 Mei ini sempena memperingati Hari Nakba.

Menerusi hantaran dimuat naik akaun Instagram @Sumudnusantaraofficial, masyarakat dunia diseru turun ke jalanan dan bangkit bersuara sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin yang terus berdepan penindasan.

Katany, pelbagai bentuk tindakan boleh dilakukan termasuk perarakan, forum serta gerakan boikot sebagai simbol bantahan terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza ketika ini.

“Setiap tindakan membawa mesej bahawa dunia tidak akan terus berdiam diri terhadap penindasan di Palestin.

“Perjuangan ini bukan sekadar tentang Gaza. Ia tentang maruah, hak dan kemanusiaan,” katanya.

Hantaran sama turut mengajak masyarakat antarabangsa bersatu dan bertindak mempertahankan hak rakyat Palestin di tengah-tengah konflik yang masih berlarutan.

Hari Nakba disambut rakyat Palestin pada setiap 15 Mei bagi memperingati peristiwa pengusiran besar-besaran rakyat Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 susulan penubuhan negara Israel.

Sumber – KOSMO! ONLINE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Must Read

‘Saya Kuat, Okey Dan Reda, Semoga Baik-Baik Sahaja’ – Marissa Dania

0
KUALA LUMPUR – Tetap tenang bahkan mengakui sudah cukup kuat, pempengaruh media sosial, Marissa Dania memilih untuk menerima takdir Ilahi apabila rumah tangganya bersama...

CATEGORIES